Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497902
Title: Penandaarasan ilmu linguistik Melayu antara pelajar Universiti Rajabhat Yala (YRA), Thailand dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Authors: Pareeda Hayeeteh (P74890)
Supervisor: Rahim Aman, Prof. Dr.
Keywords: Malay language -- Thailand
Malay language -- Usage -- Thailand
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2021
Description: Walaupun pelaksanaan program bahasa Melayu semakin berkembang di beberapa universiti di Thailand namun tidak terdapat sebarang kajian yang dilakukan untuk menandaaraskan program ini. Mekanisme penandaarasan perlu dilakukan untuk membolehkan universiti tersebut menilai keberkesanan pelaksanaan program yang ditawarkan. Oleh itu, kajian penandaarasan ini dilakukan untuk menilai keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu di Universiti Rajabhat Yala (YRU), Thailand dengan membuat perbandingan terhadap pembelajaran bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keberkesanan dilihat daripada aspek kurikulum program, tahap penguasaan ilmu linguistik Melayu serta sikap penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu dan hubungan tahap pengetahuan ilmu linguistik Melayu dengan sikap penerimaan dan penggunaan dalam kalangan pelajar YRU dan UKM. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus pengajian bahasa Melayu di UKM dan 30 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Melayu di YRU. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian, iaitu demografi responden, set ujian ilmu linguistik, sikap penerimaan dan sikap penggunaan bahasa Melayu. Dengan menggunakan Teori Psikososial Vygotsky dan Teori Noam Chomsky, analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian-t dan korelasi Pearson dilakukan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penandaarasan pelajar YRU tentang tahap penguasaan ilmu linguistik Melayu berada pada tahap yang rendah iaitu mempunyai nilai min secara umum 2.47 daripada markah 10 manakala sikap penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu responden YRU pula berada pada tahap yang sederhana iaitu mempunyai nilai min 3.97 dan 3.50. Hal ini berbeza dengan pencapaian ilmu linguistik responden UKM yang memperoleh nilai min responden begitu tinggi iaitu 5.34. Sikap penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan responden UKM juga berada pada tahap yang tinggi iaitu memperoleh skor min 4.36 dan 4.41. Kajian ini juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan ilmu linguistik Melayu dengan sikap penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu pada kedua-dua golongan responden tersebut. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan oleh institusi pendidikan, para pendidik bahasa Melayu dan pihak kerajaan Thailand serta Malaysia dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di Thailand.,Ph.D
Pages: 392
Call Number: PL5103.P347 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129037+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.