Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497886
Title: | Analisis antarabudaya kandungan drama adaptasi Korea dalam kalangan audiens belia di Malaysia |
Authors: | Nazra Aliff Nazri (P97280) |
Supervisor: | Abdul Latiff Ahmad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Drama adaptasi Budaya -- Korea Selatan Belia -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Jan-2021 |
Description: | Televisyen merupakan medium komunikasi yang amat efektif dalam penyampaian maklumat dan juga penyebaran budaya. Antara rancangan televisyen yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat adalah program berbentuk drama dari Korea yang dilihat menjadi akses atau penghubung kepada penularan Hallyu di Malaysia. Namun, kehadiran Hallyu dalam konteks tempatan sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terutama kepada para remaja berikutan perbezaan budaya dan agama sebagaimana yang telah banyak dilaporkan oleh media tempatan. Kini, dengan populariti Hallyu yang kian kukuh, terdapat banyak drama Korea yang telah diadaptasi dan dihasilkan ke dalam versi tempatan. Kritikan, perbezaan dan polemik budaya yang ketara antara Malaysia dan Korea terutama dalam pembikinan drama menjadi pencetus kepada kajian ini untuk mengetahui bentuk budaya yang dipersembahkan melalui pembikinan drama adaptasi Korea 'Alamatnya Cinta' (Full House) dan 'My Coffee Prince' (The 1st Shop of Coffee Prince) berlandaskan Teori Norma Budaya oleh Melvin De Fleur. Metodologi triangulasi kualitatif telah digunakan sebagai medium pengumpulan data menerusi i) analisis tekstual terhadap sampel drama adaptasi untuk melihat pemaparan budaya; ii) perbincangan kumpulan fokus bersama remaja wanita di lima buah Universiti Awam bagi mengetahui penerimaan dan intepretasi pemaparan budaya; dan iii) temubual mendalam terhadap para karyawan drama adaptasi bagi mengetahui maksud sebenar yang disampaikan kepada audiens berteraskan Teori Enkod Dekod oleh Stuart Hall. Hasil kajian mendapati bahawa penonjolan elemen kebudayaan Korea dalam drama adaptasi adalah amat minimal berbanding kebudayaan masyarakat Melayu. Ini sekaligus memberi pencerahan kepada masyarakat bahawa pengaruh Hallyu yang hadir tidak begitu menyerlah dalam menganggu gugat norma dan budaya tempatan. Pembacaan dan intepretasi oleh audiens terhadap teks kebudayaan juga kebanyakannya dipengaruhi oleh ajaran agama Islam serta latar belakang pendidikan yang membawa kepada posisi pembacaan rundingan dan penolakan bagi kebanyakan kebudayaan Korea yang wujud. Ini membuktikan bahawa remaja tempatan kini mempunyai daya literasi yang tinggi dalam menilai sesebuah mesej dalam media sebelum membuat sebarang keputusan. Pembuat teks juga dilihat berjaya menyampaikan teks budaya apabila rata-rata informan memahami mesej yang disampaikan kepada mereka. Implisitnya, kehadiran drama adaptasi Korea di Malaysia merupakan sebuah usaha yang baik terutama dalam membantu mendidik masyarakat dan memelihara elemen kebudayaan Melayu walaupun kandungan asalnya adalah berbeza.,Ph.D |
Pages: | 374 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128122+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 573.19 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.