Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497885
Title: Pengaruh belas kasihan kendiri dan keterkaitan sosial terhadap kebahagiaan subjektif remaja : kawalan kendiri sebagai pemboleh ubah pengantara
Authors: Nor Azzatunnisak Mohd Khatib (P77470)
Supervisor: Roseliza Murni Ab. Rahman, Dr.
Keywords: Adolescent psychology
Self control
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Feb-2021
Description: Kebahagiaan merupakan cabang psikologi positif yang berupaya meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat. Namun, kegagalan memahami keperluan diri dan kepentingan sosial boleh menyebabkan kebahagiaan merosot bermula seawal usia remaja. Kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan kajian kebahagiaan dijalankan di negara barat dan masih kurang dijalankan di peringkat tempatan terutamanya berkenaan dengan aspek kendiri dan sosial remaja. Beberapa permasalahan kajian tentang kebahagiaan remaja dikenal pasti iaitu: i) kurangnya liputan meluas di Malaysia, ii) dapatan kajian lepas yang tidak konsisten tentang faktor dominan yang boleh meningkatkan kebahagiaan, iii) kekurangan model komprehensif yang menerangkan kebahagiaan dan iv) penggunaan alat kajian yang terhad. Kajian ini bertujuan menguji belas kasihan kendiri dan keterkaitan sosial sebagai faktor peramal kepada kebahagiaan subjektif remaja melalui kawalan kendiri sebagai pengantara. Kajian ini turut menguji kesepadanan model yang dihipotesiskan tentang kebahagiaan subjektif dengan data kajian. Seramai 377 remaja direkrut dari 5 buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Soal selidik Skala Belas Kasihan Kendiri, Skala Keterkaitan Remaja Hemmingway, Skala Kawalan Kendiri dan Skala Kebahagiaan Subjektif digunakan untuk mengukur pemboleh ubah kajian bersama dengan maklumat demografi. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihal profail sampel kajian, manakala kaedah statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan keterkaitan sosial dan kawalan kendiri bertindak sebagai peramal kepada kebahagiaan subjektif remaja. Bagaimanapun, belas kasihan kendiri tidak berperanan sebagai peramal kepada kebahagiaan subjektif remaja. Pengujian kesan pengantara menunjukkan kawalan kendiri bertindak sebagai pengantara separa antara belas kasihan kendiri dan kebahagiaan subjektif remaja. Manakala, kawalan kendiri bertindak sebagai pengantara penuh antara keterkaitan sosial dan kebahagian subjektif remaja. Analisis pengesahan faktor (CFA) menunjukkan model pengukuran memenuhi syarat kesahan konstruk, kesahan menumpu dan kesahan diskriminan. Ujian model persamaan struktural (SEM) menunjukkan semua pemboleh ubah kajian adalah sepadan dengan data kajian dan mencapai objektif yang dibina. Kajian ini memberi impak kepada pembangunan remaja positif dan berupaya meningkatkan kebolehgunaan alat kajian yang mengukur kebahagiaan subjektif bersesuaian dengan budaya dan masyarakat setempat khususnya remaja di Malaysia,Ph.D
Pages: 359
Call Number: BF724.N637 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127747+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.