Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497880
Title: Penglibatan Pertubuhan Guru Melayu dan Dong Jiao Zong terhadap dasar pendidikan di Malaysia 1950 hingga 1990
Authors: Morni Hanim Salleh (P92602)
Supervisor: Mohd Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Education policy
National education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Oct-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk membincangkan Penglibatan Pertubuhan Guru Melayu - Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS), Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu (KPGMPTM), Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Dong Jiao Zong terhadap dasar pendidikan Malaysia sejak tahun 1950 hingga 1990. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, namun sebaik sahaja mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang diterima oleh semua kaum. Penglibatan KPGMS-KPGMPTM-KGMMB dan Dong Jiao Zong dalam pendidikan bermula hanya sebagai aktor kecil sahaja, namun semakin berkembang sehingga dianggap sebagai satu medium untuk penguatkuasaan dan peningkatan keadilan sosial bagi satu-satu kaum. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meneliti perkembangan KGPMS-KPGMTPM-KGMMB dan Dong Jiao Zong serta hubungan persatuan ini dengan dasar pendidikan di tanah air. Seterusnya, menjelaskan reaksi dan mengenal pasti kepentingan kedua-dua organisasi ini, semasa terlibat dalam pembentukan dasar pendidikan negara. Akhir sekali, menganalisis peranan utama yang dilakukan oleh KGPMS-KPGMTPM-KGMMB dan Dong Jiao Zong dalam merealisasikan matlamat perjuangan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Sumber primer yang digunakan melibatkan Colonial Office dan Foreign Office yang melibatkan pendidikan dan dokumen dari KGPMS-KPGMTPM- KGMMB serta Dong Jiao Zong. Dapatan kajian mendapati KPGMS-KPGMPTM- KGMMB dan Dong Jiao Zong terlibat dalam mempengaruhi dasar pendidikan bermula 1950 hingga 1990 dan berjaya menghalang, meminda, memansuhkan dan mengekalkan beberapa dasar yang dikemukakan oleh pihak British dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian juga mendapati, KGPMS-KPGMTPM-KGMMB dan Dong Jiao Zong signifikan sebagai wakil suara komuniti, semak dan imbang serta perintis bagi memastikan matlamat organisasi dicapai, dan juga berperanan dalam memastikan status quo serta kelangsungan bahasa serta pendidikan Melayu dan Cina diteruskan hingga ke peringkat universiti.,Ph.D
Pages: 347
Call Number: LC71.2.M637 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127498+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.