Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497879
Title: Pengaruh personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan perkahwinan : daya tindak diadik sebagai pemboleh ubah pengantara
Authors: Siti Nurraihan Firdaus Abdul Razak (P73005)
Supervisor: Suzana Mohd Hoesni, Dr.
Keywords: Perfeksionisme
Perkahwinan
Kekeluargaan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Apr-2019
Description: Kepuasan perkahwinan merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seseorang individu. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan faktor personaliti perfeksionisme, konflik kerja-keluarga dan daya tindak diadik memainkan peranan dalam mempengaruhi kepuasan perkahwinan. Namun, kepelbagaian dapatan kajian mencetuskan persoalan berkenaan sejauhmana personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga menentukan kepuasan perkahwinan. Maka, penyelidikan berkaitan peranan daya tindak diadik sebagai pemboleh ubah pengantara dalam mempengaruhi kepuasan perkahwinan masih memerlukan kajian lanjut. Maka, objektif kajian utama adalah untuk menguji pengaruh langsung faktor personaliti perfeksionisme (percanggahan dan standard tinggi), konflik kerja-keluarga (konflik kerja-keluarga dan konflik keluarga-kerja) dan daya tindak diadik (positif dan negatif) terhadap kepuasan perkahwinan. Kedua, kajian ini bertujuan untuk menguji peranan daya tindak diadik sebagai pemboleh ubah pengantara dalam hubungan antara personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan perkahwinan. Pelaksanaan kajian kuantitatif melibatkan seramai 385 orang pekerja yang berkahwin di daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang, Selangor. Alat ujian Almost Perfect Scale Revised (APS-R) digunakan untuk mengukur faktor personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga pula diukur oleh Work-Family Conflict Questionnaire. Alat ujian Dyadic Coping Inventory digunakan untuk mengukur daya tindak diadik manakala kepuasan perkahwinan ditentukan oleh 10 item dalam alat ujian ENRICH Marital Satisfaction. Analisis faktor pengesahan (CFA) dan model persamaan struktural (SEM) dilakukan dengan menggunakan perisian IBM SPSS 23 dan AMOS 22. Hasil analisis data mendapati indeks kesepadanan data yang baik antara model dengan data kajian. Keputusan kajian mendapati personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga tidak mempengaruhi kepuasan perkahwinan secara langsung. Daya tindak diadik positif didapati mampu berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara faktor personaliti perfeksionisme dan konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan perkahwinan. Sementara itu, daya tindak diadik negatif pula mampu bertindak sebagai pengantara dalam hubungan antara personaliti perfeksionisme dan konflik keluarga-kerja terhadap kepuasan perkahwinan. Secara keseluruhan, semua peramal menyumbang sebanyak 60% varians konstruk kepuasan perkahwinan. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini dapat diaplikasikan untuk memahami faktor peramal kepuasan perkahwinan dalam konteks tempatan. Pihak yang berkenaan sewajarnya mempertimbangkan faktor personaliti perfeksionisme, konflik kerja-keluarga dan daya tindak diadik yang diamalkan dalam kalangan suami isteri demi memperkasakan institusi perkahwinan,Ph.D
Pages: 196
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127449+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
605.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.