Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497869
Title: Pelancongan Wilayah ECER : penglibatan pemegang taruh dan implikasi terhadap pergerakan, imej destinasi dan kepuasan pelancong
Authors: Wan Suzita Wan Ibrahim (P64832)
Supervisor: Habibah Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pelancongan wilayah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Apr-2021
Description: Pelancongan wilayah adalah salah satu strategi pembangunan yang melibatkan reruang, sumber, produk dan perkhidmatan pelancongan bagi meningkatkan kualiti pelancongan di sesebuah wilayah pembangunan. Di Malaysia, pelancongan wilayah juga dilaksanakan, namun sehingga kini, tiada kajian komprehensif tentang pelancongan wilayah dan kesannya kepada pelancong. Para sarjana berpandangan bahawa pendekatan persamaan, pertentangan dan pengintegrasian yang diambil oleh pihak pemegang taruh memberi kesan yang berbeza terhadap pergerakan, kepuasan dan imej destinasi wilayah dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa di Malaysia. Bagi mengisi kelompangan ini, tesis ini bertujuan i) mengkaji peranan pihak pemegang taruh dalam aspek perancangan, pembangunan dan pelaksanaan dalam pelancongan wilayah di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER); ii) menganalisis kesannya terhadap pelancong dari segi pergerakan; dan iii) menganalisis kepuasan dan imej destinasi pelancong di wilayah tersebut. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama dan data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian terdiri daripada 84 orang pemegang taruh, 823 domestik dan 296 orang pelancong antarabangsa. Hasil kajian mendapati pendekatan pengintegrasian lebih diutamakan berbanding persamaan dan pertentangan dalam merancang, membangun dan melaksanakan pembangunan pelancongan wilayah ECER. Penglibatan aktif pihak pemegang taruh dalam pembangunan pelancongan telah memberi kesan terhadap pergerakan pelancong. Pergerakan intra-destinasi menjadi keutamaan pelancong domestik manakala pergerakan inter-destinasi menjadi pilihan utama pelancong antarabangsa. Kajian ini mendapati, imej utama destinasi bagi pelancong domestik dan antarabangsa adalah sama iaitu berteraskan kebudayaan dan warisan. Sementara itu, tahap kepuasan pelancong domestik adalah tinggi berbanding pelancong antarabangsa yang berada di tahap sederhana. Kesimpulannya, pendekatan pengintegrasian yang dilaksanakan oleh pihak pemegang taruh mempengaruhi orentasi pelancongan wilayah dan memberi kesan kepada pergerakan, imej destinasi serta kepuasan pelancong di wilayah ECER. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap polisi dan amalan pemegang taruh dan wilayah pelancongan, terutama dalam memperincikan pendekatan pengintegrasian bagi menggalakkan pergerakan pelancong intra dan inter-destinasi wilayah.,Ph.D.
Pages: 421
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.