Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497864
Title: Pengaruh tret personaliti, pengetahuan pedagogi, kefahaman kurikulum dan kemahiran guru ke atas perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah
Authors: Mohamad Tarmizi Abdul Hamid (P45376)
Supervisor: Fatimah Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tret personaliti
Pendidikan prasekolah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jul-2020
Description: Isu kebolehan asas bahasa kanak-kanak perlu diberi penekanan awal melalui pendidikan prasekolah kerana ia kemahiran asas untuk kejayaan pengetahuan kanak-kanak pada masa depan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh tret personaliti, kefahaman kurikulum, pengetahuan pedagogi dan kemahiran mengajar guru prasekolah terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak. Tret personaliti guru yang dikaji menyentuh aspek conscientiousness (kehematan) dan neuroticism (neurotitisme). Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan dengan soal selidik dan senarai semak untuk mengukur faktor-faktor tersebut. Soal selidik digunakan ialah The Big Five Inventory (BFI), Soal Selidik Kefahaman Guru, Pengetahuan Pedagogi, Kemahiran Mengajar dan Penilaian Perkembangan Bahasa. Kajian ini melibatkan 85 orang guru dan 308 kanak-kanak prasekolah. Pengkaji menggunakan metod statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisis data khususnya korelasi dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah turut mempunyai tret personaliti conscientiousness yang tinggi serta memiliki personaliti neuroticism yang rendah. Analisis korelasi (r = .220, k<0.05) mendapati tret conscientiousness mempunyai hubungan yang signifikan dengan kefahaman kurikulum manakala tret neuroticism mempunyai hubungan signifikan dengan pengetahuan pedagogi guru (r = -.296, k<0.05). Ini menunjukkan guru prasekolah mempunyai tret personaliti yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka. Analisis regresi pula menunjukkan kefahaman kurikulum memberi pengaruh yang signifikan kepada perkembangan kebolehan asas bahasa kanak-kanak. Namun, tidak semua faktor guru memberi kesan secara langsung kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Kesimpulannya, tret personaliti conscientiousness dan neuroticism yang terkawal boleh dijadikan kriteria guru berkualiti kerana ketekunan berkerja dan emosi yang stabil mempunyai hubungan dengan kefahaman kurikulum dan pengetahuan pengajaran. Implikasi dalam aspek latihan perguruan adalah wajar bakal guru prasekolah dipilih berdasarkan tret personaliti yang bersesuaian. Memahami kurikulum prasekolah juga penting kerana faktor ini memberi impak berkesan kepada perkembangan kebolehan asas bahasa kanak-kanak prasekolah.,Ph.D.
Pages: 465
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.