Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497862
Title: Lokalisasi web : analisis penterjemahan elemen verbal dan elemen bukan verbal
Authors: Ezaleena Mohd Khalid (P67440)
Supervisor: Norsimah Mat Awal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Lokalisasi web
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Oct-2020
Description: Kajian ini membincangkan kajian lokalisasi web dari segi penterjemahan elemen verbal dan elemen bukan verbal kerana menurut pendekatan Komunikasi Berperantara Terjemahan oleh O'Hagan dan Ashworth, lokalisasi web melibatkan penterjemahan yang menyepadukan elemen verbal dengan elemen bukan verbal dalam penyampaian mesej. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan, organisasi, dan penafsiran data dalam bentuk teks di dua jenis tapak web. Tapak web sumber syarikat Apple di Amerika Syarikat dibandingkan dengan tapak web sasarannya di Malaysia bagi meneliti teknik penterjemahan yang digunakan untuk melokalisasikan mesej yang terdiri daripada elemen verbal dan elemen bukan verbal bagi enam item di tapak web iaitu reka bentuk, maklumat produk, maklumat perkhidmatan, maklumat hubungan, maklumat keselamatan, dan navigasi. Perbandingan tersebut berdasarkan teknik penterjemahan yang dibentukkan oleh Pedersen yang berorientasikan web sumber (pengekalan, perincian, dan terjemahan terus) dan web sasaran (generalisasi penggantian, dan pengguguran). Perbandingan juga dilakukan untuk meninjau jenis lokalisasi dan bentuk mesej yang terhasil berdasarkan gagasan kajian Jiménez-Crespo, Singh dan Boughton, serta Singh dan Pereira seperti standard, global, separa lokalisasi, lokalisasi, tersuai budaya dan lokalisasi tertinggi. Kajian ini juga ialah kajian penterjemahan intralingual iaitu terjemahan yang dilakukan dalam bahasa yang sama kerana tapak web syarikat Apple di Malaysia tersedia dalam bahasa Inggeris. Metodologi kajian melibatkan analisis mesej dalam bentuk elemen verbal dan elemen bukan verbal bermula dari kandungan yang bersifat umum di laman utama hinggalah kandungan yang bersifat generik di laman web aras dua dan tiga. Hasil kajian menunjukkan bahawa lokalisasi web sememangnya berlaku di tapak web sasaran melalui teknik penterjemahan pengekalan, perincian, terjemahan terus, generalisasi, penggantian, dan pengguguran dengan jenis lokalisasi dan keberhasilan penyampaian mesej yang berbeza kerana penyampaian mesej di web tidak dihasilkan oleh elemen verbal sahaja tetapi terhasil akibat sifat saling mempengaruhi kedua-dua tersebut. Impak kajian ini ketara dari segi membuka bidang yang baru dalam kajian terjemahan kerana walaupun lokalisasi dianggap industri yang mapan, masih terdapat ruang untuk dibentukkan pendekatan teori yang dapat mendukung konsep lokalisasi dalam bidang penterjemahan.,Ph.D.
Pages: 323
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.