Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497861
Title: Pengaruh faktor peranan kerja-keluarga terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan ahli akademik wanita di Riau, Indonesia
Authors: Syarifah Farradinna (P69319)
Supervisor: Fatimah Wati Halim, Dr.
Keywords: Wanita berkerjaya
Ahli akademik -- Riau
Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jun-2020
Description: Perubahan dalam kehidupan wanita berkerjaya telah meningkatkan tanggung jawab yang besar di rumah dan di tempat kerja. Ahli akademik wanita yang berumahtangga umpamanya, perlu bijak menyeimbangkan antara tuntutan kerja dan keluarga. Kajian lalu telah menunjukkan proses timbalbalik kerja-keluarga di antara limpahan positif kerja-keluarga, pengkayaan kerja-keluarga, dan kemudahan kerja-keluarga mempengaruhi konflik kerja-keluarga atau konflik keluarga-kerja dan kesejahteraan psikologi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti timbal balik pengaruh limpahan positif kerja-keluarga, pengkayaan kerja-keluarga dan kemudahan kerjakeluarga terhadap kesejahteraan psikologi melalui konflik kerja-keluarga atau keluarga-kerja dalam kalangan ahli akademik wanita. Seramai 492 orang ahli akademik secara sukarela terlibat sebagai dalam penyelidikan ini. Responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Soal selidik dalam kajian ini terdiri daripada skala Multidimensi Persepsi Limpahan Positif Kerja-keluarga bagi mengukur limpahan positif kerja-keluarga. Soal selidik Work-family Enrichment scale bagi mengukur pengkayaan kerja-keluarga, soal selidik Work-family Facilitation bagi mengukur kemudahan kerja-keluarga, manakala soal selidik Timbal balik Konflik Kerja-keluarga bagi mengukur konflik kerja-keluarga dan konflik keluarga-kerja. Soal selidik Midlife in the US pula digunakan bagi mengukur kesejahteraan psikologi. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS, manakala hipotesis diuji dengan menggunakan analisis regresi pelbagai. Hasil analisis regresi menunjukkan konflik keluarga ke kerja menjadi pengantara yang signifikan di antara limpahan limpahan positif kerja ke keluarga dan keluarga ke kerja, pengkayaan kerja ke keluarga dan keluarga ke kerja, kemudahan kerja ke keluarga dan keluarga ke kerja terhadap kesejahteraan psikologi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa konflik keluarga ke kerja perlu diberikan perhatian yang serius oleh organisasi supaya kakitangan akademik wanita memperoleh kesejahteraan psikologi di tempat kerja. Bahagian pengurusan sumber manusia perlu merangka polisi atau garis panduan menyediakan Program Pembimbing Pekerja (EAP) supaya mereka berupaya menyeimbangkan kualiti kehidupan antara kerja dan keluarga.,Ph.D.
Pages: 304
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.