Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497851
Title: Risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Authors: Nik Raihan Nik Mansor (P82382)
Supervisor: Kadir Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kejururawatan
Risiko
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-May-2021
Description: Kajian ini menghujahkan bahawa bidang kejururawatan terdedah kepada risiko pekerjaan merangkumi elemen persekitaran, bahan, akses dan psikologi. Bidang kejururawatan juga merupakan satu kerjaya yang berisiko tinggi dalam aspek bahaya kesihatan dan penyakit pekerjaan yang boleh membawa maut walaupun terdapat perlaksanaan pengurusan yang baik namun masih terdapat risiko kecederaan dan menjejaskan kesihatan. Oleh itu, tujuan kajian ini untuk meneliti senario risiko kejururawatan Hospital di Malaysia, menganalisis faktor risiko iaitu elemen persekitaran, bahan, akses dan psikologi yang dihadapi jururawat di Pusat Perubatan UKM dan hubungannya dengan kesan keselamatan dan kesihatan. Seterusnya, menganalisis faktor pengurusan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Akhir sekali, kajian ini dijalankan bagi membentuk sebuah model risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan jururawat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik, dimana seramai 300 responden yang diwakili oleh jururawat gred U32 dan U29 dari pelbagai unit terlibat dalam kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment of Structures (AMOS) dikenali sebagai IBM SPSS-AMOS V24.0 digunakan bagi menganalisis data. Ujian korelasi Pearson dan analisis regresi digunakan bagi melihat hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah. Secara keseluruhan, nilai purata min bagi elemen persekitaran adalah 3.67, elemen bahan 3.42, elemen akses 3.33, dan elemen psikologi 3.58. Hasil kajian mendapati, elemen bahan, psikologi dan akses mempunyai hubungan signifikan terhadap kesan keselamatan. Manakala, elemen psikologi, bahan, akses dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kesan kesihatan. Namun, elemen persekitaran tidak mempunyai hubungan signifikan dengan kesan keselamatan. Akhirnya, kajian ini berjaya membentuk sebuah model risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan jururawat yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kemalangan di hospital Malaysia berdasarkan hasil ujian model persamaan struktural.,Ph.D
Pages: 253
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.