Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497845
Title: Literasi media dan konstruksi identiti dalam talian dalam kalangan pengguna facebook
Authors: Jamilah Maliki (P77387)
Supervisor: Normah Mustaffa, Prof. Madya Dr.
Keywords: Identiti kendiri
Literasi media
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2020
Description: Setiap individu mempunyai identiti tersendiri sama ada di luar talian mahupun dalam talian. Identiti kendiri yang dikonstruksi memiliki keunikan serta perbezaan tersendiri yang membolehkan individu dikenali oleh orang lain. Walaupun terdapat banyak kajian yang mengkaji konstruksi identiti kendiri, khususnya dalam bidang komunikasi silang budaya tetapi faktor-faktor yang digunakan oleh individu dalam membentuk identiti dalam talian belum diterokai sepenuhnya. Kajian ini menyelidik bagaimana pemilik akaun Facebook menggunakan literasi media dalam mengkonstruksi identiti dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana pengetahuan, emosi dan kemahiran membantu individu mengkonstruksi identiti kendiri dalam talian. Dengan mengaplikasi perspektif interaksi simbolik, kajian ini mengembangkan korpus ilmu teori identiti dengan menggabungkan tiga faktor literasi media dalam konstruksi identiti dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran untuk menyelidik bagaimana literasi media digunakan dalam mengkonstruksi identiti sebenar, unggul ataupun samaran dalam talian. Seramai 400 pelajar yang mengikuti program komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai responden dalam kajian tinjauan. Mereka menjawab borang soal selidik yang mengukur hubungan pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar dalam kajian ini. Temu bual kumpulan fokus dengan sekumpulan pelajar terpilih menyusuli kaedah tinjauan. Dapatan kajian mendapati literasi media digunakan oleh seseorang untuk mengkonstruksi identiti dalam talian. Identiti sebenar dikonstruksikan dengan menggunakan pengetahuan am, pengalaman, emosi sedih dan marah serta kemahiran. Identiti unggul ditentukan oleh pengetahuan am, penapisan bahasa, selain emosi teruja dan gembira serta penggunaan gambar sebenar. Manakala identiti samaran ditentukan oleh penulisan status, emosi marah dan takut serta kemahiran mengubah suai status dan gambar. Hasil kajian merumuskan bahawa faktor literasi media yang berbeza digunakan dalam membentuk identiti sebenar, unggul ataupun samaran seseorang individu dalam talian. Kajian masa depan disyorkan melihat penerimaan orang lain terhadap identiti yang dikonstruksi oleh individu dalam talian.,Ph.D
Pages: 267
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122424+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.