Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497843
Title: Pembangunan pendidikan kerja sosial di Malaysia: cabaran dan keperluan
Authors: Samir Muhazzab Amin (P70052)
Supervisor: Mohd Suhaimi Mohamad, Dr.
Keywords: Kerja sosial -- Malaysia
Pendidikan -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2020
Description: Penekanan kepada globalisasi dan pengantarabangsaan telah membawa kesedaran tentang kepentingan pendidikan kerja sosial dan dalam masa yang sama telah meningkatkan cabaran pendidikan kerja sosial itu sendiri. Pembangunan pendidikan kerja sosial bukan lagi setakat melihat kuantiti program yang ditawarkan, tetapi lebih kepada kemampuannya untuk membangun program berdasarkan piawaian kebangsaan dan antarabangsa. Kajian ini merupakan kajian penerokaan kualitatif yang menggunakan pendekatan fenomenologikal bagi tujuan untuk mengenalpasti isu, cabaran dan keperluan dalam pembangunan pendidikan kerja sosial di Malaysia. Kajian ini mengunakan rekabentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data primer melalui temubual berstuktur. Seramai 11 informan telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pihak berkepentingan yang terlibat dalam membuat polisi, tenaga pengajar universiti, pengamal kerja kerja dan pihak Persatuan Pekerja Sosial Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis secara tematik. Dalam proses kajian ini, tiga tema telah muncul apabila membincangkan keperluan dan cabaran pendidikan kerja sosial di Malaysia. Hasil kajian mendapati piawaian kurikulum sangat penting untuk memastikan semua program kerja sosial mempunyai struktur kurikulum yang sama. Walau bagaimanapun piawaian yang berlaku terhad kepada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia sahaja. Kajian turut mendapati tadbir urus yang berkesan adalah sangat penting. Ketidak upayaan melaksanakan penurunan kuasa dan mengasingkan kuasa tadbir urus menyebabkan berlaku kelewatan perubahan yang ingin dilaksanakan. Selain itu, pembangunan profesion didapati mempunyai peranan penting bagi boleh memberi kepercayaan kepada program pendidikan kerja sosial melahirkan pekerja sosial yang mampu meningkatkan kefungsian sosial masyarakat. Sumbangan utama kajian ini ialah dari aspek keperluan memperkasakan perlaksanaan pendidikan kerja sosial dan cabaran mengantarabangsakan program pendidikan kerja sosial. Hasil kajian ini dapat membantu kerajaan mengubal polisi pendidikan kerja sosial yang sesuai bagi mengurus program kerja sosial secara profesional dengan lebih cemerlang.,Ph.D
Pages: 249
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122420+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
145.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.