Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497830
Title: Perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu, 1911-1973
Authors: Awaludin Ahmad (P64170)
Supervisor: Nordin Hussin, Prof. Dr.
Keywords: Kesihatan mental
Perkhidmatan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Aug-2020
Description: Pengenalan perkhidmatan kesihatan termasuklah perkhidmatan kesihatan mental oleh pentadbiran kolonial pada penghujung abad ke-19 sehingga awal abad ke-20 merupakan salah satu kesan perkembangan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Permasalahan utama kajian ini adalah mengapakah berlakunya peningkatan masalah penyakit mental dalam kalangan masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah menganalisis perkembangan sosioekonomi dan latar belakang sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian juga membuat kupasan menyeluruh mengenai perkembangan 'lunatic asylum' dan bilangan pesakit mental yang meningkat dalam kalangan masyarakat. Kajian ini juga menganalisis pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu. Metodologi kajian ini berteraskan kepada penyelidikan sejarah secara kualitatif melalui kaedah rujukan serta analisis dokumen terhadap rekod-rekod rasmi kolonial yang terdapat di Arkib Negara Malaysia selain penyelidikan lapangan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan Hospital Permai, Johor Bahru. Data-data dalam kajian ini diperoleh daripada sumber primer seperti fail-fail pentadbiran kolonial dan laporan-laporan tahunan selain rujukan terhadap sumber sekunder seperti buku-buku dan jurnal-jurnal. Dapatan kajian membuktikan kepentingan penubuhan dan penginstitusian 'lunatic asylum' sebagai institusi rawatan penyakit mental bertauliah dalam konteks pembangunan sosioekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, kajian mendapati keberkesanan penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah penyakit mental menjadi asas penting membolehkan pelaksanaan kaedah pengasingan sosial terhadap pesakit-pesakit mental. Kajian juga menjelaskan aspek-aspek berkaitan perkhidmatan kesihatan mental termasuklah aspek kaedah rawatan dan pemulihan pesakit-pesakit mental. Kepentingan kajian ini adalah untuk menganalisis sejauh manakah perkembangan sosioekonomi menyebabkan berlakunya peningkatan masalah penyakit mental. Kajian ini menjadi rujukan pihak berkepentingan bagi memantapkan polisi berkaitan perkhidmatan kesihatan mental. Kajian juga memberikan sumbangan bermakna terhadap pensejarahan sosial terutamanya dalam penulisan sejarah dan perkhidmatan kesihatan era kolonial dan pasca kolonial.,Ph.D
Pages: 333
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.