Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497828
Title: | Pembangunan belia positif menerusi program latihan keusahawanan: kajian kes Projek Tunas Mekar |
Authors: | Siti Hajar Kamaruddin (P82367) |
Supervisor: | Jamiah Hj. Manap, Dr. |
Keywords: | Young adult-owned business enterprises -- Malaysia Entrepreneurship -- Malaysia Young businesspeople -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Jul-2020 |
Description: | Pencapaian memberangsangkan Projek Tunas Mekar dalam melahirkan usahawan graduan wajar dijadikan sebagai contoh dalam meningkatkan penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan. Kajian ini bertujuan meneroka proses Pembangunan Belia Positif (PYD) menerusi penyertaan dalam Projek Tunas Mekar berdasarkan pengalaman usahawan graduan. Kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes dijalankan bagi menjawab lima persoalan kajian khusus iaitu: (1) Apakah motif penyertaan usahawan graduan dalam Projek Tunas Mekar? (2) Bagaimanakah elemen Projek Tunas Mekar mempengaruhi pembangunan kompetensi keusahawanan usahawan graduan? (3) Apakah aset pembangunan belia yang menyumbang kepada keupayaan usahawan graduan memulakan perniagaan setelah mengikuti Projek Tunas Mekar? (4) Apakah atribut PYD yang telah dicapai oleh usahawan graduan selain keupayaan memulakan perniagaan selepas menyertai Projek Tunas Mekar? dan (5) Apakah bentuk model PYD menerusi penyertaan dalam Projek Tunas Mekar? Seramai 12 orang informan dalam kalangan usahawan graduan lepasan Projek Tunas Mekar telah dipilih berdasarkan kepada kaedah pensampelan bertujuan menggunakan teknik kriteria dan bola salji. Data kajian ini diperoleh menggunakan kaedah temu bual mendalam dan separa berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur dan analisis dokumen. Seterusnya, data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Hasil kajian mendapati usahawan graduan mempunyai tiga motif penyertaan dalam Projek Tunas Mekar iaitu mendalami kemahiran keusahawanan, mendapatkan bimbingan daripada mentor dan mempunyai platform menjalankan perniagaan. Menerusi penyertaan dalam program ini, didapati bahawa tiga elemen pelaksanaan Projek Tunas Mekar iaitu struktur pelaksanaan program, pengisian program dan peranan koordinator program dan kaunselor perniagaan berupaya mempengaruhi pembangunan kompetensi keusahawanan usahawan graduan. Manakala aset pembangunan belia yang menyumbang kepada keupayaan usahawan graduan memulakan perniagaan setelah mengikuti program terbahagi kepada dua aset pembangunan iaitu aset dalaman dan aset luaran. Selain itu, kajian ini juga telah menemukan lima atribut PYD yang telah dicapai oleh usahawan graduan selain daripada keupayaan memulakan perniagaan selepas menyertai Projek Tunas Mekar iaitu memiliki sifat penyayang, berkeyakinan menceburi bidang keusahawanan, berhubungan positif, berperwatakan positif dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Kajian ini mencadangkan sebuah model PYD menerusi penyertaan dalam Projek Tunas Mekar yang menerangkan proses PYD usahawan graduan yang melibatkan interaksi dwiarah antara aset dalaman dan luaran sebelum, semasa dan selepas menyertai program. Model ini boleh dijadikan rujukan kepada graduan yang berminat menceburi bidang keusahawanan serta kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam meningkatkan penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan menerusi program latihan keusahawanan.,Ph.D. |
Pages: | 253 |
Call Number: | HD6276.M4S568 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121500+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.