Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497823
Title: Faktor kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan rel Mass Rapid Transit (MRT) di Malaysia
Authors: Mohammad Lui Juhari (P92273)
Supervisor: Kadir Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Industrial safety -- Malaysia
Industrial hygiene -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2020
Description: Kajian ini menghujahkan bahawa kemalangan pekerjaan di industri pembinaan rel Mass Rapid Transit (MRT) adalah dipengaruhi oleh faktor pekerja; tempat kerja; bahan dan peralatan; organisasi; dan pengaruh persekitaran. Kewujudan kepelbagaian faktor ini telah menyumbang kepada kes kemalangan pekerjaan yang tinggi di industri pembinaan rel MRT. Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada kemalangan pekerjaan dan menilai kesan kemalangan pekerjaan. Ia juga menilai tahap pelaksanaan amalan intervensi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan membentuk model amalan intervensi KKP dalam industri pembinaan rel MRT di Malaysia. Sebanyak 20 buah syarikat kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan MRT Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya telah dipilih bagi tujuan kajian ini. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan adalah menggunakan borang kaji selidik. Seramai 232 responden yang mewakili kumpulan pengurusan/profesional dan 298 responden yang mewakili kumpulan pekerja pembinaan terlibat dalam kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment of Structures (AMOS) melalui IBM SPSS-AMOS V23.0 telah digunakan bagi menganalisis data. Ujian korelasi Pearson dan analisis regresi digunakan bagi melihat perhubungan antara pemboleh ubah, manakala analisis model persamaan struktural digunakan untuk membentuk model akhir kajian. Hasil kajian mendapati faktor pekerja merupakan faktor penyumbang kemalangan pekerjaan yang paling signifikan berdasarkan nilai min purata tertinggi bagi kumpulan pengurusan/profesional (3.82) dan kumpulan pekerja pembinaan (3.74). Kedua-dua kumpulan responden juga bersetuju bahawa apabila berlakunya kemalangan, ia akan memberi kesan yang tinggi terhadap imej syarikat, produktiviti, kos, maut dan kecederaan, dan kualiti. Pelaksanaan amalan intervensi KKP didapati berada pada tahap yang baik. Disamping itu, kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua faktor kemalangan pekerjaan terhadap intervensi KKP iaitu pengurusan, manusia dan teknikal. Faktor organisasi terhadap manusia memberikan hubungan signifikan yang paling tinggi, manakala faktor tempat kerja terhadap teknikal mempunyai hubungan signifikan yang paling rendah. Akhirnya, model amalan intervensi KKP berdasarkan faktor kemalangan pekerjaan dalam industri pembinaan rel MRT di Malaysia telah berjaya dibentuk dan boleh dijadikan panduan oleh pemegang taruh industri pembinaan untuk mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.,Ph.D.
Pages: 339
Call Number: HD7752.6.M634 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121488+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
976.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.