Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497818
Title: | Pembangunan model pengajaran ensembel gamelan Melayu dalam pendidikan sekolah menengah di Malaysia |
Authors: | Razali Md Amin (P88180) |
Supervisor: | Ab Samad Kechot, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Folk dancing -- Malaysia Gamelan music -- Malaysia Gamelan -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Apr-2020 |
Description: | Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini adalah untuk menyediakan satu bentuk model pengajaran gamelan yang sesuai berbanding dengan pendekatan-pendekatan muzik gamelan terdahulu. Pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah didapati tidak mempunyai model pengajaran yang seragam. Proses pengajaran yang berlaku di sekolah menengah pada masa kini didapati kurang efektif daripada segi pengetahuan dan kemahiran. Objektif pertama untuk mengenal pasti ensembel gamelan di Malaysia, objektif kedua untuk menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah di Malaysia dan akhirnya objektif ketiga untuk membangunkan model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah di Malaysia. Kajian berfokuskan kepada tujuh buah sekolah menengah di lima buah negeri terpilih di Malaysia iaitu Pahang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah. Informan terdiri daripada tujuh orang penggiat ensembel gamelan Melayu yang dipilih berdasarkan faktor pengalaman, amalan pengajaran dan kemudahan bilik latihan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan sebagai sokongan menyumbang data-data berbentuk data sekunder. Manakala, kajian lapangan menyumbang data-data primer yang diperoleh melalui pemerhatian ikut serta, temu bual dan analisis dokumen. Data-data primer dan sekunder telah melalui penyaringan yang menggunakan teknik analisis kandungan, bacaan rapi dan interpretasi untuk memperoleh data-data yang amat diperlukan sahaja. Proses penyaringan analisis itu telah menghasilkan dapatan kajian. Kerangka teoretikal kajian direka bentuk berasaskan Model Hilda Taba. Hasil kajian telah menunjukkan model pengajaran ensembel gamelan Melayu amat diperlukan kerana ketidakseragaman dan khusus. Hasil perbincangan memberikan kesimpulan bahawa model pengajaran ensembel gamelan Melayu yang dihasilkan dapat memenuhi kelompangan dan memberikan keseragaman untuk pengajaran di peringkat sekolah menengah di seluruh negara. Pembangunan model ini dapat memberikan panduan dalam perancangan dan pelaksanaan yang melibatkan penggubalan kurikulum dan pengajaran ensembel gamelan Melayu. Justeru, sumbangan kajian ini amat bermakna untuk menjadikan ensembel gamelan Melayu mengikut acuan tempatan, mudah dipelajari dan menarik minat pelajar mempelajarinya.,Ph.D. |
Pages: | 366 |
Call Number: | ML1251.M4R339 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121474+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 985.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.