Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497810
Title: | Pengaruh faktor individu, sokongan sosial dan penilaian program pemulihan terhadap pengintegrasian semula orang diparol ke dalam masyarakat: kesihatan mental sebagai moderator |
Authors: | Kausalya Devi Sathoo (P74425) |
Supervisor: | Fauziah Ibrahim, Prof. Madya Datin Dr. |
Keywords: | Prisons Prison psychology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Aug-2019 |
Description: | Pengintegrasian semula ke dalam masyarakat merupakan proses yang sukar dengan pelbagai cabaran tetapi harus dilalui oleh banduan setelah tamat tempoh pemenjaraan.Bagi meringankan cabaran, Sistem Parol diperkenalkan pada tahun 2008. Walaupun, sistem ini dilaksanakan hampir 10 tahun di Malaysia, kajian berhubung pengaruh faktor-faktor terhadap pengintegrasian semula Orang DiParol (ODP) masih kurang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh faktor individu, sokongan sosial dan penilaian program pemulihan terhadap pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Seramai 240 orang ODP dari 50 pejabat Parol daerah dipilih melalui persampelan bertujuan sebagai responden kajian. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, ujian korelasi Pearson, ujian regresi pelbagai dan ujian regresi hirarki. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor individu (sikap terhadap Sistem Parol – r=.22, k<.05, efikasi kendiri – r=.20, k<.05, kesediaan untuk berubah – r=.24, k<.05), sokongan sosial (sokongan keluarga – r=.30, k<.05, sokongan rakan – r=.34, k<.05, sokongan Pegawai Parol – r=.80, k<.05) dan penilaian program pemulihan (Program Pembentukan Disiplin – r=.15, k<.05, Program Agama –r=.20, k<.05, Program Kaunseling – r=.32, k<.05, Program Pemasyarakatan – r=.26, k<.05) terhadap pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Di samping itu, faktor individu (kesediaan untuk berubah β=.419), sokongan sosial (sokongan keluarga β= .086, sokongan rakan β=.345, sokongan Pegawai Parol β=.0795) dan penilaian program pemulihan (Program Kaunseling β=.210, Program Pemasyarakatan β=.164) merupakan peramal terhadap pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Manakala, kesihatan mental berperanan sebagai moderator dalam hubungan faktor individu (kesediaan untuk berubah β=-.166) dan sokongan sosial (sokongan rakan β=.177) terhadap pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan untuk merancang dan melaksanakan tindakan sewajarnya bagi mengoptimumkan keupayaan ODP, meningkatkan sokongan sosial dan memantapkan program pemulihan bagi memastikan keberkesanan proses pengintegrasian semula ODP ke dalam masyarakat.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 330 |
Call Number: | HV9471.K348 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121032+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 433.73 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.