Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497789
Title: Kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Orang Asli Semai dari perspektif pemilihan bahasa
Authors: Abd Hadi Haji Kudin (P74887)
Supervisor: Karim Harun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Malay language -- Study and teaching
Malay language -- Composition and exercises
Malay language -- Phonetics
Indigenous peoples -- Education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2020
Description: Orang Asli Semai adalah masyarakat minoriti yang boleh bertutur dalam dwibahasa. Bahasa Semai merupakan bahasa ibunda bagi mereka manakala bahasa Melayu merupakan bahasa kedua. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau Bahasa Merentas Kurikulum (BMK) dalam konteks pendidikan negara mewajibkan setiap pelajar menguasai bahasa Melayu. Kegagalan menguasai bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Orang Asli Semai mengakibatkan pencapaian pendidikan mereka rendah. Kajian ini dilakukan untuk meneliti kelemahan penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli Semai dari perspektif pemilihan bahasa yang mempengaruhi pencapaian pendidikan mereka. Kerangka sosiolinguistik, iaitu pendekatan analisis Domain Fishman dan Teori Sosiolinguistik Interaksi Gumperz diaplikasikan dalam kajian ini untuk melihat situasi pemilihan bahasa dalam interaksi sosial masyarakat Orang Asli Semai. Dalam kajian ini, enam domain akan diberi tumpuan, iaitu domain pendidikan, domain keluarga, domain kejiranan, domain persahabatan, domain transaksi dan domain keagamaan. Lokasi kajian ini ialah di daerah Batang Padang, Tapah, Perak yang mempunyai jumlah Orang Asli Semai yang paling ramai di negara ini. Informan kajian dipilih secara purposely-accidently. Pengumpulan data dilakukan menggunakan teknik rakaman perbualan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah kualitatif telah diaplikasi sepenuhnya dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati sikap loyalti Orang Asli Semai terhadap bahasa ibundanya menyebabkan mereka memilih menggunakan bahasa Semai ketika berinteraksi khususnya antara sesama etnik. Bahasa Semai lebih kerap dituturkan berbanding bahasa Melayu dalam domain tidak rasmi, iaitu domain persahabatan, kejiranan, dan keluarga. Dalam domain rasmi, iaitu domain transaksi, pendidikan, dan keagamaan, bahasa Semai dan bahasa Melayu didapati sering digunakan secara silih berganti dengan melakukan penukaran kod. Situasi pemilihan bahasa dalam semua domain yang dikaji dilihat memberi kesan negatif terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli Semai sehingga menjejaskan pencapaian pendidikan mereka. Justeru, kelemahan penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli yang berpunca daripada situasa pemilihan bahasa perlu diberi perhatian khusus supaya masalah pencapaian yang rendah dalam pendidikan dapat diatasi.,Ph.D.
Pages: 280
Call Number: PL5105 .A233 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.