Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497789
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKarim Harun, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAbd Hadi Haji Kudin (P74887)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:37Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:37Z-
dc.date.issued2020-01-20
dc.identifier.otherukmvital:120681
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497789-
dc.descriptionOrang Asli Semai adalah masyarakat minoriti yang boleh bertutur dalam dwibahasa. Bahasa Semai merupakan bahasa ibunda bagi mereka manakala bahasa Melayu merupakan bahasa kedua. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau Bahasa Merentas Kurikulum (BMK) dalam konteks pendidikan negara mewajibkan setiap pelajar menguasai bahasa Melayu. Kegagalan menguasai bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Orang Asli Semai mengakibatkan pencapaian pendidikan mereka rendah. Kajian ini dilakukan untuk meneliti kelemahan penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli Semai dari perspektif pemilihan bahasa yang mempengaruhi pencapaian pendidikan mereka. Kerangka sosiolinguistik, iaitu pendekatan analisis Domain Fishman dan Teori Sosiolinguistik Interaksi Gumperz diaplikasikan dalam kajian ini untuk melihat situasi pemilihan bahasa dalam interaksi sosial masyarakat Orang Asli Semai. Dalam kajian ini, enam domain akan diberi tumpuan, iaitu domain pendidikan, domain keluarga, domain kejiranan, domain persahabatan, domain transaksi dan domain keagamaan. Lokasi kajian ini ialah di daerah Batang Padang, Tapah, Perak yang mempunyai jumlah Orang Asli Semai yang paling ramai di negara ini. Informan kajian dipilih secara purposely-accidently. Pengumpulan data dilakukan menggunakan teknik rakaman perbualan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah kualitatif telah diaplikasi sepenuhnya dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati sikap loyalti Orang Asli Semai terhadap bahasa ibundanya menyebabkan mereka memilih menggunakan bahasa Semai ketika berinteraksi khususnya antara sesama etnik. Bahasa Semai lebih kerap dituturkan berbanding bahasa Melayu dalam domain tidak rasmi, iaitu domain persahabatan, kejiranan, dan keluarga. Dalam domain rasmi, iaitu domain transaksi, pendidikan, dan keagamaan, bahasa Semai dan bahasa Melayu didapati sering digunakan secara silih berganti dengan melakukan penukaran kod. Situasi pemilihan bahasa dalam semua domain yang dikaji dilihat memberi kesan negatif terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli Semai sehingga menjejaskan pencapaian pendidikan mereka. Justeru, kelemahan penguasaan bahasa Melayu pelajar Orang Asli yang berpunca daripada situasa pemilihan bahasa perlu diberi perhatian khusus supaya masalah pencapaian yang rendah dalam pendidikan dapat diatasi.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalay language -- Study and teaching
dc.subjectMalay language -- Composition and exercises
dc.subjectMalay language -- Phonetics
dc.subjectIndigenous peoples -- Education -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Orang Asli Semai dari perspektif pemilihan bahasa
dc.typeTheses
dc.format.pages280
dc.identifier.callnoPL5105 .A233 2020 tesis
dc.identifier.barcode004789(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.