Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497778
Title: Metafora mitos dalam Sulalat al-Salatin: analisis teori relevans
Authors: Maizura Osman (P59496)
Supervisor: Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.
Keywords: Malay literature
Malay literature -- History and criticism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Dec-2020
Description: Unsur mitos yang terkandung dalam teks Melayu tradisional berfungsi sebagai metafora yang perlu difahami oleh pembaca. Fenomena ini dikenali sebagai metafora mitos. Metafora mitos merujuk kepada unsur mitos yang dapat diinterpretasikan secara metafora, tidak hanya dilihat sebagai sebuah kisah semata-mata tetapi mengandungi makna atau nilai yang lebih besar dan signifikan. Kekangan memahami metafora mitos ini boleh mengakibatkan mesej sebenar pengarang tidak sampai kepada masyarakat. Akibatnya, mitos dianggap sebagai khayalan penulis. Kajian ini akan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan konsep ad hoc, yang akan menjawab persoalan bagaimanakah metafora mitos ini dapat difahami oleh pembaca. RRS membolehkan mitos difahami melalui proses perujukan premis tambahan serta perujukan data utama dengan data tambahan. Konsep ad hoc pula memastikan penginterpretasian mitos adalah berpandukan konteks dan mencapai relevan yang optimum. Data mitos untuk kajian ini diambil daripada teks Sulalat al-Salatin, iaitu sebuah karya agung Melayu. Sebanyak 7 data mitos dikeluarkan dan dibahagikan kepada dua kategori mengikut fungsi metaforanya, iaitu pengabsahan dan kritikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam memahami metafora mitos, persekitaran kognitif dan ujaran bermanifestasi adalah penting bagi memandu pembaca memahami mesej yang hendak disampaikan. Mitos sebagai metafora mengalami proses peluasan daripada makna linguistiknya. Proses ini melibatkan implikatur yang perlu diinterpretasikan menggunakan analisis dan pemikiran metaforikal. Berdasarkan analisis, didapati metafora mitos mempunyai dua fungsi utama, iaitu sebagai medium untuk mengabsahkan raja dan kerajaan Melayu, dan dalam masa yang sama berfungsi mengkritik pihak raja dan kepimpinan negeri jika melanggar norma kepemimpinan. Hal ini membuktikan bahawa pengarang Melayu tradisional mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi dan analisis teori Relevans telah mengesahkannya melalui analisis kajian yang berpada. Kajian ini dapat menghasilkan penilaian yang seimbang dan mempertahankan martabat naskhah Melayu tradisional di mata dunia.,Ph.D.
Pages: 247
Call Number: PL5181.2.T86M335 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120642+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
713.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.