Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497762
Title: | Bahasa dan ideologi akhbar Indonesia dan Malaysia dalam dua isu terpilih :analisis wacana kritis |
Authors: | Nani Darmayati (P43501) |
Supervisor: | Idris Aman,Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Indonesian language-History and criticism Malay language-History and criticism Language and languages-Political aspects Ideology Malaysia-Relations-Indonesia Indonesia-Relations-Malaysia Indonesia-Language-Political aspects |
Issue Date: | 16-Mar-2012 |
Description: | Indonesia dan Malaysia adalah dua negara yang rapat secara geografi dan memiliki hubungan kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi, tenaga kerja, pendidikan, sosial, budaya, dll. Namun, hubungan kedua-duanya sentiasa mengalami pasang surut yang mengarah kepada konflik. Setakat ini kajian mengenai hubungan kedua-dua negara lebih banyak dilakukan dalam bidang sosial, politik, ekonomi, dan budaya, namun belum ada yang meneliti dari sudut ilmu bahasa dan media massa. Padahal, konflik yang terjadi selama ini bukanlah konflik fizikal atau adu senjata, tetapi lebih mengarah kepada ‘konflik wacana’ di media massa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara kualitatif perspektif bahasa di sebalik wacana konflik hubungan Indonesia - Malaysia yang terdapat dalam akhbar Kompas Indonesia dan Utusan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian ‘bahasa dalam dunia nyata’ yang memanfaatkan kerangka analisis wacana kritis model tiga dimensi (dimensi sosial, dimensi kewacanaan, dan dimensi teks) bagi memahami ideologi yang tersirat dalam wacana media tersebut. Data kajian dibatasi pada 80 wacana isu Pulau Sipadan - Ligitan dan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diterbitkan sepanjang tahun 2002 dalam akhbar Kompas Indonesia dan Utusan Malaysia. Hasil analisis dimensi sosial menunjukkan bahawa bahasa telah dijadikan ‘alat’ oleh akhbar kedua-dua negara untuk menyalurkan ideologi nasionalisme, iaitu suatu fahaman untuk mencintai bangsa dan negara sendiri demi mencapai, mempertahankan, mengabadikan identiti, integriti, kemakmuran, dan kekuatan bangsanya. Ideologi nasionalisme dalam kedua-dua akhbar sama-sama disalurkan melalui tiga amalan sosial; iaitu (1) pengutamaan kepentingan negara dan bangsa, (2) menyalahkan pihak lain, dan (3) pemasaran bahasa media. Dalam Kompas, ideologi nasionalisme disalurkan dalam konteks sistem media bebas-merdeka dan situasi sosial, politik, serta ekonomi yang terjejas pasca-reformasi dan krisis global di Indonesia. Sebaliknya, dalam Utusan Malaysia ideologi nasionalisme disalurkan di tengah keadaan sistem media bebas dan bertanggungjawab serta situasi sosial, politik, dan ekonomi yang lebih stabil pascakrisis global. Hasil analisis dimensi kewacanaan dalam kedua-dua akhbar perdana tersebut menunjukkan bahawa proses penghasilan, penyebaran, penggunaan wacana, intertekstualiti (cakap ajuk dan cakap pindah), dan interdiskursiviti (genre dan jenis wacana) kesemuanya berorientasi kepada kepentingan nasional. Sementara itu, hasil analisis dimensi teks juga membuktikan bahawa akhbar kedua-dua negara memanfaatkan strategi perpautan rujukan dan kata hubung, nahu transitiviti dan modaliti, metafora, kata kunci, kata alternatif, dan kata lewah untuk menyalurkan proses ideologi nasionalisme. Secara teori, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan disiplin linguistik, khususnya terhadap pemahaman bahasa dalam realiti sosial. Secara pragmatik, kajian ini boleh dapat memberi kesedaran kritikal kepada pembaca, pemilik media, dan lembaga berkaitan untuk lebih bertanggungjawab terhadap bacaan mahupun proses penghasilan bahasa dalam media. Secara keseluruhan, kajian ini boleh memberi manfaat kepada perubahan sosial, khususnya pemahaman dalam hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 369 |
Call Number: | P119.32.I5N343 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120085+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.