Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497761
Title: Sistem dan kawalan penyiaran televisyen di Indonesia 1986-2006
Authors: Harmonis (P39784)
Supervisor: Faridah Ibrahim,Yb. Prof (Madya) Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Television broadcasting-Indonesia
Broadcasting-Indonesia
Mass media-Indonesia
Mass media policy-Indonesia
Broadcasting policy-Indonesia
Issue Date: 29-Apr-2012
Description: Sistem siaran televisyen di Indonesia mulai wujud semasa pemerintah Presiden Sukarno. Semenjak waktu itu, pelbagai sistem penyiaran dan peraturan perundangan wujud di Indonesia. Kajian hanya fokus pada sistem dan kawalan penyiaran televisyen yang berlaku di Indonesia dalam tempoh 1986-2006, untuk mengenal pasti empat objektif kajian. Pertama, untuk mengkaji sistem penyiaran televisyen dalam tempoh 1986 hingga 2006 tersebut. Kedua, untuk meninjau kawalan penyiaran televisyen. Ketiga, untuk mengetahui proses penubuhan peraturan perundangan penyiaran televisyen; dan keempat, untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan peraturan perundangan dalam tempoh 1986 hingga 2006 dalam ruang lingkup kajian. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah sejarah, temu bual mendalam dan analisis dokumen. Kerangka teoretikal yang mendasari kajian ini ialah empat teori akhbar yang mengutarakan hubung kait antara sistem kerajaan, pasaran, sosiobudaya dan penyiaran televisyen. Penemuan kajian menjawab empat objektif kajian. Pertama, dalam masa 20 tahun penyiaran televisyen di Indonesia (1986-2006), berlaku sistem penyiaran televisyen yang berbeza dalam tiga tempoh masa yang berbeza pula. Bagi tempoh 1980-an, sistem penyiaran televisyen cenderung berada dalam kontinum di bawah kuasa kerajaan. Dalam tahun 1990-an, sistem penyiaran televisyen cenderung dalam kontinum kekuasaan negara dan pasaran. Manakala pada tahun 2000-an, sistem penyiaran televisyen cenderung dalam kontinum kuasa pasaran, kerajaan dan sosiobudaya. Kedua, terdapat pelbagai peraturan dalam pengurusan penyiaran, iaitu Undang-undang (UU), Peraturan Pemerintah (PP), Keputusan Presiden (Keppres), Arahan Presiden (Inpres), Surat Keputusan Menteri (Kepmen), izin Prinsip Ketua Pengarah (Kepdirjen), Pengarah TVRI dan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Ketiga, hasil kajian berkaitan dengan proses pembuatan peraturan juga mengenal pasti pelbagai kewujudan, iaitu pada tahun 1980-an, peraturan perundangan yang dicadangkan datang dari kerajaan dan dalam proses pembuatan didominasi oleh kuasa politik kerajaan. Pada tahun 1990-an, khusus peraturan perundangan No. 24/1997 tentang Penyiaran, dipengaruhi oleh kuasa politik kerajaan, pasaran atau pemilik lembaga penyiaran, serta parlimen. Sedangkan pada sekitar tahun 2000-an didominasi oleh Parlimen dengan sokongan penuh daripada kuasa sosial dan budaya dalam bentuk Perkumpulan Bukan Kerajaan (NGO) atau dipanggil Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) dan institusi universiti. Bagi objektif akhir pula, kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan peraturan perundangan ialah faktor kuasa politik iaitu kerajaan dan parlimen; kuasa ekonomi (pelabur, profesional, pengiklan), dan kuasa sosiobudaya yang merangkumi masyarakat madani (NGO) dan Universiti. Kajian merumuskan bahawa sistem dan kawalan penyiaran televisyen di Indonesia adalah unik dan tidak menyerupai mana-mana negara lain,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 443
Call Number: HE8689.4.H337
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120083+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
988.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.