Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497758
Title: | Aspek minat dan pencapaian para pelajar sekolah menengah di negeri Selangor, Malaysia terhadap subjek geografi |
Authors: | Abd. Aziz Ismail (P24174) |
Supervisor: | Rahim Md Nor,Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Geography -- Study and teaching -- Malaysia Academic achievement |
Issue Date: | 3-Aug-2012 |
Description: | Bilangan pelajar yang mengambil subjek geografi di sekolah-sekolah menengah atas di Malaysia semakin merosot setiap tahun. Minat dikatakan mempunyai kaitan dengan pelajar dalam mengambil subjek geografi. Tesis ini dilakukan untuk meneliti dan mengkaji kepentingan subjek geografi dalam era pembangunan negara, perkembangan pengambilan subjek geografi, minat dan pencapaian dalam kalangan para pelajar. Objektif eksplisit kajian ini adalah untuk melihat minat pelajar dalam subjek geografi dari segi jantina, gred sekolah, aliran pendidikan dan lokasi. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kes di sembilan daerah dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang berskala Likert. Responden kajian ini melibatkan 1476 orang pelajar sekolah-sekolah menengah daripada tingkatan 1, 2, 3, 4 dan tingkatan 5. Sebanyak 22 buah sekolah menengah terlibat, iaitu lapan buah sekolah menengah luar bandar, tujuh buah sekolah antara bandar dan tujuh buah lagi sekolah bandar. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan kaedah statistik. Kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menghuraikan sampel dan menjawab persoalan kajian.Kaedah statistik infrensi seperti ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson adalah bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan daripada 28 hipotesis yang telah diuji, terdapat 22 hipotesis yang menunjukkan perhubungan positif dan signifikan antara minat dengan subjek geografi. Kesignifikanan dan hubungan positif ini dapat dilihat dalam ujian hipotesis; minat antara lokasi, keputusan ujian Oneway ANOVA menunjukkan nilai F= 19.557 dan tahap signifikan P= 0.000, minat pengajaran guru geografi nilai F=17.733 dan tahap signifikan P= 0.000, minat berdasarkan aliran pelajar, nilai F=5.046 dan tahap signifikan P=0.007. Hipotesis signifikan melalui Ujian-t; antaranya minat berdasarkan etnik Melayu dan bukan Melayu, nilai t ialah 11.805 dan tahap signifikan P=0.001, minat berdasarkan gred sekolah, nilai t ialah 30.777 dan tahap signifikan P=0.000 dan minat berdasarkan pencapaian jantina nilai t ialah 19.253 dan tahap signifikan P=0.000, dan hasil analisis korelasi Pearson pada hipotesis minat pelajar terhadap pengajaran guru geografi r=-0.228 dan tahap signifikan P= 0.000. Implikasi kajian berdasarkan hasil analisis menunjukkan bahawa para pelajar kekurangan maklumat mengapa mereka perlu belajar geografi. Rumusan daripada analisis ini mencadangkan agar para pelajar diberikan banyak motivasi, promosi dan maklumat mengenai geografi bagi menarik minat mereka untuk mempelajari subjek ini. Untuk kajian seterusnya adalah cuba menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenai minat guru dan pelajar dalam sub topik subjek geografi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 320 |
Call Number: | G73.A226 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120080+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.