Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497756
Title: | Keberkesanan sistem maklumat Geografi (GIS) terhadap Kemahiran Berfikir Secara Ruang (KBR) bagi mata pelajaran Geografi |
Authors: | Ganesan Mayalagu (P88299) |
Supervisor: | Mokhtar Jaafar, Dr. |
Keywords: | Geography -- Study and teaching -- Malaysia Geographic information systems Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Oct-2020 |
Description: | Kurangnya minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi menjadi salah satu punca kepada kelemahan pelajar dalam menguasai Kemahiran Berfikir secara Ruang (KBR). Justeru, perkembangan Sistem Maklumat Geografi (GIS) hadir sebagai satu penerapan baharu dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi abad ke-21 untuk meningkatkan KBR serta menambah minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan teknologi geospatial dalam PdPc Geografi dan keupayaannya untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir secara ruang dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini adalah gabungan kajian deskriptif (menilai tahap KBR dan minat) dan kajian eksperimen tulen yang menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan rawak ujian pra dan ujian pasca. Penilaian peringkat pertama dilakukan kepada sampel kelompok rawak yang melibatkan 273 pelajar manakala peringkat kedua melibatkan 60 pelajar yang dibahagi kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan perbezaan KBR yang signifikan antara ujian pra dan pasca GIS-KBR. Intervensi GIS-KBR berjaya meningkatkan skor KBR pelajar sebanyak 60.9 peratus berbanding PdPc tanpa GIS-KBR. Penggunaan teknologi geospatial juga meningkatkan minat pelajar kepada kandungan mata pelajaran Geografi. Kajian ini membuktikan KBR di kalangan pelajar boleh dipertingkatkan jika PdPc mata pelajaran Geografi mengaplikasikan teknologi geospatial. Kemahiran GIS juga turut meningkat sebanyak 78 peratus di kalangan pelajar Geografi. Modul GIS-KBR yang dihasilkan daripada kajian ini boleh digunakan sebagai panduan dalam menambah baik dan mengembangkan aplikasi geospatial bagi lain-lain tema dalam mata pelajaran Geografi sekolah menengah. Di samping itu, guru Geografi juga dapat mengaplikasikan modul GIS-KBR sebagai alat intervensi dalam PdPc Geografi.,Ph.D |
Pages: | 429 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120015+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.