Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497756
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMokhtar Jaafar, Dr.
dc.contributor.authorGanesan Mayalagu (P88299)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:09:50Z-
dc.date.available2023-10-13T08:09:50Z-
dc.date.issued2020-10-02
dc.identifier.otherukmvital:120015
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497756-
dc.descriptionKurangnya minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi menjadi salah satu punca kepada kelemahan pelajar dalam menguasai Kemahiran Berfikir secara Ruang (KBR). Justeru, perkembangan Sistem Maklumat Geografi (GIS) hadir sebagai satu penerapan baharu dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi abad ke-21 untuk meningkatkan KBR serta menambah minat para pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan teknologi geospatial dalam PdPc Geografi dan keupayaannya untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir secara ruang dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini adalah gabungan kajian deskriptif (menilai tahap KBR dan minat) dan kajian eksperimen tulen yang menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan rawak ujian pra dan ujian pasca. Penilaian peringkat pertama dilakukan kepada sampel kelompok rawak yang melibatkan 273 pelajar manakala peringkat kedua melibatkan 60 pelajar yang dibahagi kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan perbezaan KBR yang signifikan antara ujian pra dan pasca GIS-KBR. Intervensi GIS-KBR berjaya meningkatkan skor KBR pelajar sebanyak 60.9 peratus berbanding PdPc tanpa GIS-KBR. Penggunaan teknologi geospatial juga meningkatkan minat pelajar kepada kandungan mata pelajaran Geografi. Kajian ini membuktikan KBR di kalangan pelajar boleh dipertingkatkan jika PdPc mata pelajaran Geografi mengaplikasikan teknologi geospatial. Kemahiran GIS juga turut meningkat sebanyak 78 peratus di kalangan pelajar Geografi. Modul GIS-KBR yang dihasilkan daripada kajian ini boleh digunakan sebagai panduan dalam menambah baik dan mengembangkan aplikasi geospatial bagi lain-lain tema dalam mata pelajaran Geografi sekolah menengah. Di samping itu, guru Geografi juga dapat mengaplikasikan modul GIS-KBR sebagai alat intervensi dalam PdPc Geografi.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectGeography -- Study and teaching -- Malaysia
dc.subjectGeographic information systems
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan sistem maklumat Geografi (GIS) terhadap Kemahiran Berfikir Secara Ruang (KBR) bagi mata pelajaran Geografi
dc.typeTheses
dc.format.pages429
dc.identifier.barcode004744(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120015+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.