Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497754
Title: | Pengaruh personaliti, motivasi pencapaian dan efikasi kendiri terhadap prestasi kerja :pengujian model peramal prestasi kerja |
Authors: | Fatimah Wati Halim (P33270) |
Supervisor: | Arifin Haji Zainal, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Performance Work-Psychological aspects |
Issue Date: | 17-Feb-2012 |
Description: | Kajian meta-analitik menunjukkan prestasi kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor personaliti kehematan, kestabilan emosi dan kepersetujuan.Walau bagaimanapun, hanya sedikit kajian untuk meneliti mekanisma pengantaraan hubungan antara personaliti dan prestasi kerja. Meneroka pengaruh langsung dan tidak langsung personaliti ke atas prestasi kerja dan peranan mediator terhadap hubungan tersebut boleh membantu memahami mengapa hubungan personaliti-prestasi kerja mengarah kepada praktis pemilihan personnel yang lebih efektif. Justeru kajian ini bertujuan untuk menguji peranan secara langsung tiga faktor personaliti sebagai peramal kepada prestasi kerja dan pengaruh tidak langsung motivasi pencapaian dan efikasi kendiri sebagai mediatornya. Alat ujian pengukuran personaliti diadaptasi daripada Cattell dan motivasi pencapaian dari Cassidy dan Lynn, sementara efikasi kendiri dibina sendiri oleh pengkaji. Petunjuk prestasi kerja diperoleh daripada markah prestasi kerja tahunan. Data yang terkumpul daripada 450 pegawai pentadbir awam telah dianalisis menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA-Confirmatory Factor Analysis) dan model persamaan struktur (SEM-Structural Equation Modelling) dengan program SPSS.15 dan AMOS 5.0. Model pengukuran tiga alat pengukuran dalam kajian ini diuji dengan CFA manakala kesepadanan model hipotesis peramal prestasi kerja dengan data kajian diuji dengan SEM. Keputusan menunjukkan model hipotesis peramal prestasi kerja mempunyai indek padanan yang baik tetapi tidak menerangkan dengan wajar pengaruh peramal ke atas prestasi kerja; oleh itu model tersebut perlu dispesifikasi semula. Keputusan model spesifikasi semula menunjukkan indek padanan yang lebih baik serta dapat menerangkan model peramal prestasi kerja dengan wajar iaitu personaliti kebimbangan/negatif kestabilan emosi mempunyai pengaruh langsung ke atas prestasi kerja. Namun begitu personaliti pengawalan diri/kehematan dan berdikari/kepersetujuan negatif mempunyai pengaruh tidak langsung ke atas prestasi kerja. Sementara motivasi pencapaian dan efikasi kendiri menjadi pembolehubah mediator yang penting di antara pengaruh personaliti ke atas prestasi kerja. Kesemua peramal menyumbang sebanyak 62% varian ke atas prestasi kerja. Oleh itu hasil kajian menunjukkan model peramal prestasi kerja boleh diaplikasi dalam konteks tempatan. Sementara itu alat ujian pengukuran personaliti, motivasi pencapaian dan efikasi kendiri boleh digunakan sebagai peramal untuk menilai kesesuaian calon dalam pembuatan keputusan personel.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 246 |
Call Number: | BF481.F348 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119552+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.