Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497734
Title: | Pendemokrasian di Malaysia dan integrasi nasional (2003-2017) |
Authors: | Jazimin Zakaria (P77388) |
Supervisor: | Sity Daud, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Democracy -- Malaysia Political participation -- Malaysia Malaysia -- Politics and government -- 21st century Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Jul-2019 |
Description: | Adaptasi sistem demokrasi barat melalui penjajahan telah mempengaruhi struktur politik Malaysia dengan transformasi kepada sistem politiknya secara keseluruhan. Lantaran itu elemen sejarah dan kerencaman komposisi etnik di negara ini telah memberikan limitasi dalam melunaskan prinsip demokrasi bagi tujuan kestabilan politik. Namun begitu terdapat unsur hegemoni yang kuat dalam demokrasi di negara ini serta pengemblengan politik yang berasaskan etnik (etnopolitik) dalam perbahasan pendemokrasian di Malaysia. Maka kajian ini adalah hasil perbahasan dan kupasan mengenai proses demokrasi di Malaysia dan kesan terhadap integrasi nasional dalam tempoh kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) sehingga Mohd Najib Abdul Razak (2009-2017). Permasalahan kajian ini bermula dengan proses demokrasi di Malaysia yang telah memberi kesan kepada integrasi nasional masyarakat berbilang etnik di negara ini. Pendemokrasian telah dilihat melalui pemboleh ubah seperti institusi, unsur kawalan dan masyarakat sivil. Kajian ini juga menggunakan teori kesepaduan sosial bagi mengukur tahap integrasi nasional yang terkesan dari pendemokrasian sekaligus berkeupayaan dalam memahami masalah integrasi. Kajian menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian perpustakaan dan temubual. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap pendemokrasian di Malaysia yang turut menjadi faktor yang memberi kesan kepada tahap integrasi nasional. Kajian telah mendapati tiga penemuan penting pertama, amalan pendemokrasian di Malaysia mempunyai fasa tertentu mengikut kepimpinan politik. Kedua, tahap integrasi nasional di Malaysia masih berada di tahap yang sederhana berasaskan keadaan geopolitik negara ini. Ketiga, kajian ini mendapati pendemokrasian menjadi faktor yang memberi kesan kepada pencapaian integrasi nasional. Hal ini kerana ruang demokrasi dimanipulasikan untuk bersikap etnosentrik. Di samping itu etnopolitik telah membayangi demokrasi di Malaysia sehingga konflik etnik yang dikenali sebagai timbalbalas perkauman atau counter racism sering tercetus. Oleh yang demikian kajian telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada bidang sains politik dalam konteks integrasi nasional. Selain daripada mengenalpasti masalah integrasi nasional, kajian turut menjadi input kepada penggubalan dasar awam bagi menyantuni integrasi nasional dalam mencapai demokrasi.,Ph.D, |
Pages: | 303 |
Call Number: | JQ1062.A91J339 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.