Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497728
Title: Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) dalam membangunkan ketahanan dan kesejahteraan komuniti: kajian perusahaan perlombongan nikel Sulawesi Tenggara Indonesia
Authors: Iskandar Zainuddin Rela (P87662)
Supervisor: Abd. Hair Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social responsibility of business -- Indonesia
Corporations -- Moral and ethical aspects
Industries -- Social aspects -- Indonesia
Nickel mines and mining -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2019
Description: Mencarigali sumber mineral berupaya memacu pembangunan ekonomi, namun boleh mengancam ekosistem alam sekitar, kesihatan dan sosial komuniti sekitarnya. Oleh itu tanggungjawab sosial korporat (TSK) berfungsi mengimbangi impak negatif dan mengukuhkan pembangunan lestari yang dapat meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan komuniti sekitarnya. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat dan menganalisis impaknya terhadap ketahanan komuniti dan kesejahteraan komuniti sekitarnya. Teori stakeholder menjadi asas panduan penyelidikan ini. Alat kajian mengandungi 15 item mengukur tanggungjawab sosial korporat, 12 item mengukur ketahanan komuniti dan 15 mengukur kesejahteraan komuniti. Alat kajian ini diubahsuai daripada penyelidikan lalu dan telah uji kebolehpercayaan serta keesahannya. Sebanyak 490 soal selidik diedarkan kepada ketua keluarga di 12 desa yang berhampiran aktiviti perlombongan nikel di Sulawesi Tenggara. Analisis deskriptif digunakan menjelaskan amalan tanggunjawab sosial korporat. Manakala analisis impak tanggungjawab sosial korporat terhadap ketahanan komuniti dan kesejahteraan komuniti menggunakan PLS-SEM 3.0. Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat lebih didominasi aspek kedermawanan, diikuti aspek ekonomi, perundangan dan etika. Impak tanggungjawab sosial korporat terhadap ketahanan komuniti masih sederhana. Impak tanggungjawab sosial korporat terhadap kesejahteraan komuniti dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan kesihatan adalah sederhana, manakalah impak terhadap pendidikan, sosial dan infrastruktur adalah tinggi. Analisis model persamaan struktur menunjukkan tanggungjawab sosial korporat berpengaruh secara positif dan signifikan terhadap ketahanan komuniti dan kesejahteraan komuniti. Ketahanan komuniti bertindak sebagai mediator memberikan sumbangan positif dan siginifikan kepada impak tanggungjawab sosial korporat terhadap kesejahteraan komuniti. Aktiviti tanggungjawab sosial korporat termasuklah memulihara dan memelihara alam sekitar perlu dipantau lebih kerap dan laporan mestilah telus. Usahawan lokal dan wanita desa perlu dilatih secara berterusan, manakala pemimpinan desa dilatih untuk merancang pembangunan lestari yang lebih berkesan kepada komunitinya. Syarikat dan kerajaan perlu bekerjasama membangunkan industri hiliran nikel bersepadu yang boleh mencipta lebih banyak pekerjaan kepada komuniti lokal. Kajian seterusnya perlu melibatkan stakeholder lain termasuk kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan bagi memperbaiki lagi penilaian impak tanggungjawab sosial korporat terhadap ketahanan dan kesejahteraan komuniti supaya lebih holistik.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 283
Call Number: HD60.5.I6R435 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117656+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
787.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.