Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497713
Title: | Integriti penyertaan politik golongan muda dalam media sosial: perspektif literasi media dan kawalan sosial tidak formal |
Authors: | Mohd Sufiean Hassan (P77624) |
Supervisor: | Maizatul Haizan Mahbob, Dr. |
Keywords: | Social media -- Political aspects Online social networks -- Political aspects Political participation Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-May-2019 |
Description: | Bagi menganalisis integriti penyertaan politik golongan muda dalam media sosial, kajian ini menggariskan beberapa objektif iaitu mengukur pengaruh kawalan sosial tidak formal terhadap amalan integriti penyertaan politik, mengukur pengaruh literasi media terhadap amalan integriti penyertaan politik, menganalisis hubungan antara kawalan sosial dan literasi media dengan amalan integriti penyertaan politik, seterusnya membentuk model integriti penyertaan politik. Pemboleh ubah peramal dalam model ini ialah konstruk kawalan sosial yang terdiri daripada dimensi keterikatan, komitmen, kepercayaan dan keterlibatan manakala konstruk literasi media pula terdiri daripada kemahiran akses, analisis dan penilaian, penciptaan, tindak balas dan tindakan. Kesemua pemboleh ubah ini dihubungkan dengan integriti penyertaan politik bagi mengenal pasti kekuatan ramalan pemboleh ubah tersebut. Bagi mencapai kesemua objektif ini, kaedah survei telah dijalankan ke atas pelajar yang berumur 18 hingga 30 tahun. Persampelan bertujuan telah digunakan dengan melibatkan 388 responden dari empat buah Institusi Pengajian Tinggi di sekitar negeri Melaka. Data survei kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah permodelan persamaan struktur (SEM). Tiga model pengukuran dibentuk dan diuji dan hasilnya ketiga-tiga model tersebut mencapai tahap kebagusan padanan yang baik. Ini membolehkan model struktur hipotesis dibina. Dengan menggunakan ujian khi kuasa dua, RMSEA, CMIN/df dan indeks padanan model yang terdiri daripada GFI, CFI dan TLI, model struktur hipotesis integriti penyertaan politik didapati mencapai kebagusan padanan yang baik (χ2=2308.3; RMSEA=.05; CMIN/df=1.9; GFI=0.8; CFI=0.9; TLI=0.9). Hasil kajian ini mendapati kawalan sosial tidak formal tidak memberi pengaruh terhadap integriti penyertaan politik, namun literasi media memberi pengaruh ke atas integriti penyertaan politik. Dapatan kajian juga menunjukkan literasi media mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan amalan integriti penyertaan politik, manakala dimensi kawalan sosial tidak formal tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan integriti penyertaan politik. Berdasarkan dapatan tersebut, model integriti penyertaan politik golongan muda dapat dibentuk melalui pendekatan literasi media yang terdiri daripada elemen kemahiran akses, analisis dan penilaian, tindak balas serta tindakan.,Ph.D. |
Pages: | 295 |
Call Number: | HM742.M838 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117321+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 175.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.