Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497710
Title: Tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan oleh pihak berkuasa tempatan di Malaysia: kes Majlis Perbandaran Kajang
Authors: Zikri Muhammad (P39808)
Supervisor: Katiman Rostam, Prof. Dr.
Keywords: Local government -- Malaysia -- Administration
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Mar-2012
Description: Semenjak akhir-akhir ini, sektor awam diberi tekanan agar menyediakan perkhidmatan berkualiti dan cekap kepada pengguna. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan pelanggan secara berterusan kerana PBT bertanggungjawab mewujudkan sebuah bandar yang berdaya saing dan mampan terutamanya bagi agensi yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia. Kini, tidak dapat dinafikan bahawa prestasi kecekapan penyampaian perkhidmatan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada prestasi PBT. Walau bagaimana pun, kajian prestasi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan PBT masih belum dibuat secara menyeluruh. Di samping itu, terdapat bukti bahawa pengukuran prestasi yang hanya berdasarkan kewangan membatasi skop pengukuran tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan oleh PBT. PBT seharusnya mengambil kira perspektif penduduk dalam mengukur tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan. Di Malaysia, prestasi dan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan oleh PBT umumnya masih dipandang rendah oleh rakyat. Ini terbukti melalui rungutan orang awam melalui media massa dan elektronik serta aduan-aduan yang diterima oleh PBT. Oleh itu, kajian ini mengambil inisiatif menilai tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan oleh PBT dari perspektif pengguna. Kajian ini dijalankan di kawasan Majlis Perbandaran Kajang menggunakan kaedah kaji selidik ke atas 638 ketua isi rumah yang dipetik secara random. Mereka adalah penduduk kawasan perumahan dalam Mukim Kajang, Cheras dan Beranang yang masing-masing mewakili kawasan maju, membangun dan kurang maju. Tujuh perkhidmatan teras iaitu perkhidmatan asas bandar, jalan dan kemudahan, pengurusan alam sekitar, kesihatan komuniti, pembangunan komuniti, penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan pelanggan telah dipilih sebagai indikator tahap kecekapan perkhidmatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan oleh MPKj adalah rendah. Manakala tahap kepuasan pelanggan adalah sederhana. Enam daripada tujuh perkhidmatan yang disediakan oleh MPKj didapati mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan. Perkhidmatan asas bandar dan kesihatan komuniti merupakan faktor penyumbang utama kepada tahap kepuasan pelanggan. Selain itu, kajian ini mendapati kadar cukai dan jenis perumahan merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan. Manakala faktor tahap pembangunan hanya mempengaruhi perkhidmatan asas bandar, jalan dan kemudahan, alam sekitar dan kesihatan komuniti. Kajian ini mencadangkan agar PBT lebih prihatin terhadap perkhidmatan yang dibekalkan. Tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan yang tinggi dapat meningkatkan kepuasan dan kesejahteraan penduduk di samping meningkatkan imej baik PBT.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 160
Call Number: JS49.Z535 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117254+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.