Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497705
Title: | Mediatisasi berita politik siaran televisyen Malaysia |
Authors: | Kho Suet Nie (P74603) |
Supervisor: | Chang Peng Kee, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mass media -- Malaysia -- Political aspects Communication in politics -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-May-2018 |
Description: | Mediatisasi politik merupakan metaproses yang berlaku apabila institusi media dalam sesebuah negara menjadi sebuah institusi berdikari yang mantap dan mampu mendominasi institusi politik. Kajian ini menerokai perbandingan pengaruh mediatisasi politik terhadap kandungan berita politik waktu perdana yang disiarkan oleh tiga saluran televisyen utama di Malaysia, iaitu TV1, TV3 dan Astro Awani. Menggunakan gandingan analisis kandungan kuantitatif dan kualitatif, berita dikumpulkan mengikut persampelan mingguan yang dikonstruk daripada Oktober 2015 sehingga Disember 2015. Sebanyak 790 unit analisis dikumpulkan daripada slot berita Berita Nasional 8 TV1, Buletin Utama TV3 dan Berita 745 Astro Awani. Kajian ini tertumpu kepada fasa ketiga mediatisasi politik yang diketengahkan oleh Stromback pada 2008, iaitu fasa di mana kandungan berita dikawal oleh logik media melebihi logik politik. Dua pembolehubah bebas adalah slot berita dan tema berita. Enam indikator fasa ketiga digunakan sebagai pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan dominasi logik politik berbanding logik media dalam kandungan berita politik televisyen Malaysia. Tema berita didapati memainkan peranan yang lebih penting dalam menentukan logik yang digunakan berbanding slot berita yang berbeza. Kesimpulannya, dalam sistem negara Malaysia yang demokrasi tetapi mempunyai media yang dikawal ketat, mediatisasi politik masih mempengaruhi liputan berita politik. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan tentang persaingan logik politik dan logik media dalam berita, yang mempengaruhi keberkesanan penyampaian isu dan dasar politik kepada publik.,Ph.D. |
Pages: | 219 |
Call Number: | HM1206.K486 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117002+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.