Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497704
Title: | Analisis interaktiviti dan impak siaran interaktif DPR-RI di radio RRI dan Elshinta |
Authors: | Dewi Anggrayni (P73179) |
Supervisor: | Chang Peng Kee, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Communication planning -- Indonesia Communication policy -- Indonesia Radio broadcasting -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Oct-2018 |
Description: | Pendemokrasian media di Indonesia menyebabkan stesen radio pemerintah dan swasta diberikan amanah untuk mengelolakan ruang publik interaktif yang dilindungi Akta Penyiaran Indonesia. Pemerintah perlu mengurus penyiaran radio sehingga mampu merancang sebuah program siaran radio yang interaktif untuk dijadikan alat komunikasi bersama rakyat. Maka, program siaran interaktif bersama Ahli Parlimen Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) di Radio Elshinta dan Radio Republik Indonesia (RRI) semasa tempoh kempen pilihanraya 2014 dijadikan kajian kes bagi pembangunan kaedah interaktiviti dalam siaran interaktif radio. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui praktis dan model strategi komunikasi yang harus dibangunkan dalam sebuah siaran radio interaktif di Indonesia. Kajian ini menilai aspek informativiti, etos, interaksi, pelayanan dan ketuntasan sebagai penanda aras utama dalam pembangunan model siaran interaktif yang berimpak. Teori Kegunaan dan Kepuasan dan Teori Kebergantungan media digemberilngkan sebagai kerangka teoritikal kajian ini untuk menghuraikan interaktiviti dan impak siaran interaktif di kedua-dua radio. Kaedah temubual mendalam dan analisis isi kandungan dilakukan ke atas transkripsi siaran interaktif DPR untuk tempoh April-Jun 2014 dan diikuti transkripsi temubual mendalam bersama ahli parlimen, produser dan pengacara yang terlibat. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua program siaran interaktif secara keseluruhan memiliki kompetensi dari aspek informatif dan etos penyiaran di sebalik ketiadaan penapisan terhadap kandungan media. Kedua-dua program siaran interaktif cenderung memanipulasi elemen interaksi dalam membangunkan ruang publik yang interaktif dan koheren serta elemen pelayanan yang adil sebagai strategi komunikasi khusus mereka. Kajian ini mencadangkan bahawa meskipun siaran interaktif Elshinta lebih terbuka berbanding RRI yang lebih berstruktur, kedua-duanya tampak belum matang dalam menyantuni elemen ketuntasan dalam penyiaran interaktif sepanjang tempoh siaran yang dikaji. Justeru, tiga elemen telah ditemukan untuk membina sebuah strategi komunikasi siaran interaktif DPR yang berkesan, iaitu pengetahuan, sikap dan tindakan.,Ph.D. |
Pages: | 225 |
Call Number: | HM1206.D489 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116999+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.