Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497701
Title: Kelas sosial, memenuhi impian dan komodifikasi dalam majlis perkahwinan orang Melayu berpendapatan rendah di Kampung Melayu Sri Wira Damai Selangor
Authors: Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin (P64167)
Supervisor: Muhamad Fauzi Sukimi, Dr.
Keywords: Malays (Asian people) -- marriage customs and rites
Marriage customs and rites -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jun-2018
Description: Kajian ini mengenai konsumerisme dalam konteks majlis perkahwinan orang Melayu. Permasalahannya, majlis perkahwinan yang dilaksanakan bukan lagi sekadar untuk memenuhi tuntutan agama dan adat tetapi mencerminkan budaya konsumerisme yang ditanamkan oleh golongan kapitalis melalui perantara budaya baharu. Majlis perkahwinan dijadikan simbol bagi penyataan kelas dan mencapai mimpi-mimpi yang terbina daripada budaya konsumerisme. Kajian ini bertujuan mendiskripsikan aktiviti kepenggunaan dalam pelaksanaan majlis perkahwinan orang Melayu masa kini. Kedua, untuk membuktikan aktiviti konsumsi ke atas komoditi dan perkhidmatan perkahwinan adalah untuk mencapai impian-impian yang terbentuk hasil daripada budaya konsumer. Ketiga, untuk membuktikan aktiviti konsumsi ke atas komoditi dan perkhidmatan perkahwinan adalah untuk menyatakan kedudukan kelas sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan jenis penelitian fenomenologi dan mengggunakan teknik temubual secara mendalam ke atas lima buah keluarga berpendapatan rendah yang terdiri daripada pengantin perempuan dan kedua ibu bapa pengantin perempuan yang tinggal di Kampung Melayu Sri Wira Damai, Selangor. Hasil kajian mendapati wujud pengaruh nilai kepenggunaan yang ditanamkan oleh golongan kapitalis melalui perantara budaya baharu dalam majlis perkahwinan. Kedua, wujud impian-impian yang diterjemahkan dalam bentuk-bentuk majlis perkahwinan dalam kalangan informan terutamanya informan pengantin perempuan melalui aktiviti konsumsi ke atas komoditi dan perkhidmatan perkahwinan. Ketiga, aktiviti konsumsi ke atas komoditi dan perkhidmatan perkahwinan bukan lagi sekadar untuk memenuhi tuntutan agama dan adat, tetapi pada masa yang sama digunakan untuk menunjukkan kemampuan dan kelas sosial mereka. Kesimpulannya, keluarga berpendapatan rendah yang melaksanakan majlis perkahwinan tidak boleh terhindar daripada pengaruh konsumerisme, penyataan kelas sosial dan memenuhi mimpi-mimpi yang dibentuk oleh golongan kapitalis melalui perantara budaya baharu. Oleh itu, perbuatan membazir telah dianggap sebagai perbuatan yang wajar dilakukan untuk mencapai mimpi dan mengartikulasikan kelas sosial dalam melaksanakan majlis perkahwinan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 337
Call Number: GT2779.A2M634 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116883+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.