Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497698
Title: | Pembingkaian berita nasional: kajian dalam kalangan wartawan akhbar arus perdana Malaysia |
Authors: | Lee Kuok Tiung (P28799) |
Supervisor: | Mohd Safar Hasim, Prof. Dr. |
Keywords: | Journalism -- Malaysia Journalists -- Malaysia Newspaper editors -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Mar-2011 |
Description: | Kajian ini bertujuan mengenalpasti bingkai-bingkai dan skema kewartawanan dalam konstruksi berita-berita nasional serta faktor-faktor kognisi individu wartawan yang mempengaruhi proses penerbitan berita. Kajian ini menggunakan model teori pembingkaian. Data kajian diperolehi melalui dua kaedah penyelidikan iaitu temubual mendalam dan survei. Seramai 12 orang editor telah ditemubual memperolehi gambaran lebih menyeluruh tentang proses-proses penerbitan berita dan 381 orang wartawan dari 18 buah organisasi berita akhbar arus perdana di Malaysia telah ditemubual untuk survei. Analisis survei mendedahkan bingkai-bingkai generik yang paling digemari adalah bingkai politik, jenayah, dasar dan polisi kerajaan, dan ekonomi, manakala, subbingkai yang paling popular adalah kebertanggungjawaban publik, kebaikan publik, dan pembangunan. Dapatan kajian turut menunjukkan ahli politik, pegawai kerajaan dan menteri merupakan tiga pilihan utama untuk sumber berita. Rata-rata wartawan menekankan atribut kesemasaan, kebolehpercayaan, jelas, kepentingan publik, penuh bermakna, dan minat insani sebagai kriteria-kriteria utama bagi pemilihan dan penonjolan berita. Dari segi aspek struktur teks penulisan, struktur skrip dan sintaksis terutamanya seperti tajuk berita dan persoalan 'apa' paling mendapat penekanan dalam pembingkaian berita. Sementara itu, kepuasan kerja dan sentimen profesionalisme telah dikenalpasti sebagai faktor-faktor kognisi individu paling mempengaruhi pembingkaian berita. Keseluruhannya, apa yang paling penting hasil daripada kajian ini adalah membuktikan kesesuaian model pembingkaian untuk konstruksi berita dan menyediakan suatu alternatif dimensi baru yang lebih terperinci untuk memahami amalan kewartawanan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 516 |
Call Number: | PN4731.L434 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114917+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 870.99 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.