Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497694
Title: Prestasi program pemberdayaan ekonomi masyarakat pesisir (PEMP) dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi isi rumah: kajian di Kecamatan Cilincing Jakarta Utara, Indonesia
Authors: Dara Aisyah H. Mohd. Ali Puteh (P32440)
Supervisor: Katiman Rostam, Prof. Dr.
Keywords: Economic assistance
domestic -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jan-2011
Description: PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi isi rumah miskin yang tinggal di kawasan pesisir pantai Indonesia. Sejak dimulakan pada 2001, program tersebut telah melalui beberapa fasa pembaikan. Hal ini cenderung untuk menunjukkan bahawa keadaan sosioekonomi isi rumah sedang mengalami perubahan yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk menilai prestasi Departemen Kelautan dan Perikanan (DKP) dalam melaksanakan program PEMP dan kesannya terhadap isi rumah yang tinggal di Kecamatan Cilincing, Jakarta Utara. Prestasi organisasi dapat diukur berdasarkan beberapa penunjuk terutamanya mekanisma yang diguna pakai dalam mengurus program, dan output program. Demikian juga impak dan keberkesanan program PEMP dalam meningkatkan taraf kesejahteraan sosioekonomi isi rumah dapat diukur dengan memeriksa pendapatan dan perbelanjaan bulanan isi rumah. Menggunakan rekod rasmi dan laporan pelbagai agensi yang terdapat di pejabat berkaitan di peringkat pusat, kabupaten dan kecamatan, bersama dengan maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian di lapangan, temu bual dan kaji selidik, kajian ini menemukan beberapa dapatan menarik. Antara dapatan yang penting termasuklah: (1) dalam banyak contoh garis panduan dan prinsip perlaksanaan program tidak dipatuhi oleh pihak pelaksana di peringkat kabupaten dan kecamatan; (2) evaluasi output yang dilakukan menunjukkan bahawa sebilangan yang agak besar pinjaman terutamanya Dana Ekonomi Produktif (DEP) telah diberikan kepada sama ada isi rumah yang tidak miskin atau pun yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti menangkap atau menternak ikan; (3) agensi seperti Kopersi LEPP-M3 yang pada mulanya ditubuhkan untuk meningkatkan kecekapan dalam mengurus dana pinjaman juga gagal mencapai matlamatnya; (4) isi rumah yang miskin, sekali pun ada yang berjaya mendapatkan pinjaman, namun rata-rata gagal melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan; (5) tidak berlaku peningkatan pendapatan yang signifikan selepas isi rumah menyertai program PEMP; (6) tiada perbezaan yang signifikan dalam perbelanjaan dan pendapatan bersih bulanan isi rumah antara peserta dan bukan peserta PEMP; dan akhirnya (7) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara program PEMP dan peningkatan taraf sosioekonomi isi rumah di kawasan pesisir Kecamatan Cilincing. Secara umumnya kajian ini cenderung untuk menunjukkan bahawa, walau pun kerajaan telah berjaya melaksanakan program PEMP seperti yang dapat diukur berdasarkan amaun yang diagihkan dalam bentuk pinjaman dan pelbagai agensi pelaksana yang ditubuhkan, namun prestasi keseluruhan agensi pelaksana yang terbabit dapat dikatakan sebagai lemah dan tidak cekap, dan program PEMP gagal mencapai objektifnya. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai wajar diformulasikan untuk menggantikan PEMP.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 323
Call Number: HC79.P63D337 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114688+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.