Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497688
Title: Pengaruh gaya kepimpinan intrinsik ke atas makna hidup, komitmen organisasi dan produktiviti kerja: kajian dalam kalangan organisasi perniagaan, awam dan sosial di Makassar-Indonesia
Authors: Ahmad Yasser Mansyur (P41615)
Supervisor: Fatimah Omar, Dr.
Keywords: Leadership
Organizational effectiveness
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Feb-2012
Description: Wacana gaya kepimpinan dalam kajian ini merupakan konsep kepimpinan mutakhir yang dapat menjadi bahan kajian penting untuk mengembangkan teori kepimpinan bersifat intrinsik guna mempertingkatkan hasil organisasi di tengah perubahan persekitaran global. Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh tiga gaya kepimpinan intrinsik iaitu gaya kepimpinan spiritual, gaya kepimpinan prophetik dan gaya kepimpinan transformasional ke atas makna hidup, komitmen organisasi dan produktiviti kerja. Aspek demografi turut diuji untuk mengetahui perbezaannya dalam pembolehubah yang dikaji. Kajian ini juga bertujuan untuk menguji perbandingan tiga gaya kepimpinan intrinsik tersebut dalam organisasi perniagaan, awam dan sosial. Seramai 216 responden daripada organisasi perniagaan (72 orang pekerja) organisasi awam (73 orang pekerja) dan organisasi sosial (71 orang pekerja) di wilayah Makassar-Indonesia dilibatkan dalam kajian ini. Enam alat ukuran digunakan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah yang dikaji, iaitu Meaning in Life Questionnaire, Organizational Commitment Questionnaire, Productivity, SLT Survey Questions, Multifactor Leadership Questionnaire dan LProphetik. Keenam alat ukur tersebut terbukti mempunyai kebolehpercayaan dan ketekalan dalaman yang baik dengan julat alfa 0.76 hingga 0.95. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh, sama ada pengaruh bersama mahupun pengaruh masing-masing tiga gaya kepimpinan intrinsik ke atas makna hidup, komitmen organisasi dan produktiviti kerja dalam organisasi perniagaan, awam dan sosial. Pembolehubah-pembolehubah yang dikaji juga didapati mempunyai perbezaan dari aspek demografi. Dari segi perbandingan, tiga gaya kepimpinan intrinsik memiliki kesamaan dominasi pada organisasi sosial. Selain itu, tiga gaya kepimpinan intrinsik juga memiliki kesamaan pengaruh pada pembolehubah komitmen organisasi. Hasil kajian ini mempekokohkan karakteristik jenis organisasi sosial, bahawa organisasi sosial memiliki komitmen dalaman yang lebih tinggi berbanding dengan jenis organisasi perniagaan dan awam. Selain itu, secara khusus kajian ini menghasilkan satu konsep baharu iaitu gaya kepimpinan prophetik berasas syariah (k-Proplus) yang bermanfaat bagi pengembangan wawasan kajian Psikologi Islami dan menyokong semangat Indigenous Psychology.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 284
Call Number: HD57.7.A364 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114503+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
36.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.