Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497686
Title: | Fahaman Islam liberal: kajian terhadap pertubuhan Sisters in Islam |
Authors: | Ahmad Muhyuddin Hassan (P39194) |
Supervisor: | Kamaruzaman Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sisters in Islam Islamic renewal Feminisme Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Jan-2012 |
Description: | Kajian ini menganalisa aliran fahaman Islam Liberal dan hubungannya dengan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) dalam isu-isu berkaitan dengan hak-hak asasi manusia dari perspektif mereka. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisa perkembangan liberalisme agama dalam menegakkan hak-hak kemanusiaan. Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisa konsep liberalisasi agama yang dikembangkan oleh aliran Islam Liberal. SIS dijadikan sebagai kajian kes memandangkan ia sebuah pertubuhan paling terkehadapan dan aktif memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan feminisme. Idea dan sikap SIS selalu mengundang kritikan dari aliran perdana pemikiran Islam. Kajian aliran fahaman Islam Liberal dalam pergerakan SIS ini bertujuan untuk memahami perkembangan liberalisasi agama di Malaysia. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif yang mengutamakan kajian perpustakaan, temubual dan observasi. Pengumpulan data kajian diperolehi dari idea-idea serta saranan-saranan para pemikir atau tokoh aktivis dari Islam Liberal dan SIS yang meliputi kenyataan akhbar, penulisan, risalah, kenyataan rasmi dan temu bual. Laman-laman web yang rasmi dari aliran Islam Liberal dan SIS juga dijadikan rujukan utama dalam usaha memahami pandangan dan pendirian mereka terhadap isuisu yang berkaitan. Sumber sekunder pula banyak diambil dari buku, jurnal, akhbar, majalah, kertas kerja seminar dan dokumen berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa aliran Islam Liberal mewarisi idea perjuangan liberalisasi agama yang berkembang di Barat. Islam Liberal difahami sebagai sebuah dari aliran pemikiran moden yang lahir dari pegangan terhadap doktrin relativisme agama dan rasionalisme yang mengatasi maksud zahir teks agama. Secara umumnya, falsafah aliran ini berlandaskan junjungan terhadap nilai-nilai sekularisme, pluralisme dan universalisme hak-hak asasi manusia dalam kerangka pandangan agama yang hermeneutik. Akhirnya, kajian ini menunjukkan bahawa asas-asas pemikiran dan agenda perjuangan liberalisme agama ini didapati sangat mempengaruhi ideologi dan perjuangan SIS.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 384 |
Call Number: | HQ1101.A375 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114500+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 31.32 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_114500+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF Restricted Access | 8.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.