Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497683
Title: | Permasalahan sosial dalam cerpen-cerpen pilihan Singapura pasca merdeka |
Authors: | Subari Sukaini (P32266) |
Supervisor: | Rosnah Baharudin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Literature and society Fiction -- Technique Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Jun-2012 |
Description: | Kajian ini menganalisa permasalahan sosial termasuk politik, ekonomi, pendidikan, agama dan sosial dalam cerpen-cerpen pilihan Singapura pascamerdeka. Sebanyak 132 buah cerpen yang dihasilkan oleh tujuh orang cerpenis Singapura dari tahun 1965 sehingga 2004 telah dikaji dengan pilihan dari 10 buah kumpulan cerpen memberi tumpuan terhadap tema. Tujuh cerpenis pilihan itu yang pernah memenangi SEA Write Awards iaitu Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari dan Ahmad Jaafar Munasip, Ishak Latif dan Helmilina Mohd Som yang memenangi anugerah sastera tempatan. Analisis ini menggunakan pendekatan teori studi budaya yang melihat perhubungan teks, pengarang dan pembaca dengan sosial, politik, ekonomi, bahasa dan kesenian yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat. Pendekatan ini membolehkan pengkaji mengenal pasti bagaimana wacana budaya beroperasi dalam mengungguli ideologi kekuasaannya, individu dalam pembentukan individualiti dalam gerakan budayanya yang dihubungkan dengan pembentukan sosial yang mengarah kepada konsep kehebatannya, meneliti pergolakan pembudayaan, terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kajian ini mendapati ketujuh cerpenis mengikuti arus perkembangan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku walaupun tidak semua cerpenis mengangkat isu yang berlaku. Cerpenis mapan iaitu Suratman Markasan begitu peka sekali dengan arus perubahan masyarakat Melayu dan menulis pelbagai tema sosial masyarakat Singapura dari soal keciciran, masalah dadah, rumah tangga, kepimpinan dalam persatuan, orang-orang politik dan akhir sekali tema mengenai soal agama yang berkait rapat dengan kejadian yang berlaku di sekeliling beliau. Kesemua tujuh cerpenis menggambarkan perkaitan antara cerpen yang dihasilkan dengan budaya masyarakat Melayu Singapura. Terdapat juga perkaitan rapat yang menggambarkan bahawa masyarakat Melayu Singapura memasuki arus nasional. Sesungguhnya semua cerpenis itu mencerminkan cerpen-cerpen karya mereka melalui pendedahan dan pemikiran mengenai masalah sosial, politik dan ekonomi masyarakat Melayu Singapura dalam cerpen-cerpen yang dikaji.,'Certification of Master's/Doctoral Thesis' is not available,Ph.D. |
Pages: | 311 |
Call Number: | PN6120.95.S52S833 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114482+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 424.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.