Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497680
Title: | Keberkesanan peranan organisasi bukan kerajaan asing dalam pembangunan sosio-ekonomi lokal pasca tsunami di Acheh |
Authors: | Teuku Erwansyah (P43300) |
Supervisor: | Hamzah Jusoh, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Tsunamis -- Social aspects -- Research -- Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia) Indian Ocean Tsunami 2004 Tsunamis -- Economic aspects -- Research -- Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia) Tsunami relief -- Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia) -- Management Non-governmental organizations Charities -- Management -- Social aspects Humanitarian assistance -- Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia) Social action Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Mar-2012 |
Description: | Tsunami pada 26 Disember 2004 telah mengakibatkan Aceh mengalami kemusnahan fizikal, sosial dan ekonomi yang maha dahsyat. Tidak dapat tidak, pembangunan semula Aceh memerlukan dana bantuan dalaman dan antarabangsa yang besar, terutamanya daripada Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) asing yang mencecah nilai anggaran sebanyak USD41,404 juta atau Rp 41,404 trilion. Dominasi NGO asing yang sangat ketara dalam pembangunan semula Aceh menimbulkan beberapa persoalan utama yang perlu dirungkaikan dalam kajian ini, berkait dengan motif dan keberkesanan NGO asing dalam memulihkan taraf sosio-ekonomi mangsa tsunami. Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama. Pertama, apakah motif sebenar NGO asing dalam menghulurkan bantuan kepada Aceh dan mangsa-mangsa tsunami? Sebagai sebuah wilayah Islam utama di Indonesia, kemasukan NGO ke Aceh menimbulkan pelbagai pandangan negatif, sama ada atas dasar kemanusiaan atau mempunyai agenda yang tersembunyi. Keduanya, sejauhmanakah dana bantuan tersebut berjaya memulihkan taraf sosio-ekonomi dan tahap kemandirian mangsa tsunami. Dua metod kajian telah digunakan dalam kajian ini. Temubual berstruktur telah djalankan dengan beberapa NGO asing utama yang masih beroperasi di Aceh, di samping pegawai-pegawai pemerintah utama di Aceh yang terlibat secara langsung dalam pembangunan semula Aceh. Metod kedua melibatkan kajian melalui boring soal-selidik, dilakukan ke atas 157 orang ketua isi rumah di empat buah desa yang dilanda tsunami, iaitu Blang Oi, Deah Glumpang, Tibang dan Alur Naga. Pemilihan responden adalah berdasarkan kaedah persampelan cluster berperingkat. Hasil kajian mendapati bahawa faktor peri kemanusiaan masih merupakan alasan utama NGO asing memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa tsunami. Malah bantuan NGO asing telah berjaya mengembalikan kehidupan sosio-ekonomi mangsa sepertimana yang dinikmati sebelum berlakunya bencana tsunami. Lebih ketara, aktiviti dan program bantuan NGO asing telah berupaya mempertingkatan tahap kemandirian mangsa untuk keluar daripada belenggu trauma tsunami, dengan memperlihatkan ciri-ciri ketidak bergantungan lagi kepada bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka. Namun begitu, keberkesanan NGO asing dalam pembangunan semula wilayah bencana boleh dipertingkatkan lagi dengan mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara NGO asing dan pihak pemerintah wilayah, tanpa sebarang prasangka buruk melainkan demi kepentingan mangsa tsunami.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 269 |
Call Number: | HV603 2004.N36T446 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114479+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 28.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.