Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497677
Title: Pendekatan sense-making dalam menentukan pencarian dan kegunaan maklumat:satu kajian kes pengajian komunikasi kesihatan
Authors: Ismail Sualman (P20484)
Supervisor: Samsudin A. Rahim, Prof. Dr.
Keywords: Information storage and retrieval
Medical informatics
Communication in public health -- Malaysia
Communication in medicine -- Malaysia
Communications -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2012
Description: Kebanyakan kajian komunikasi melihat komunikasi sebagai proses pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima untuk mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Berdasarkan andaian ini, fokus utama sebenarnya transisi mesej yang melibatkan saluran dan media dan bukan kualiti maklumat terhadap individu yang terlibat dalam proses komunikasi. Malah beberapa kajian mencadangkan agar komunikasi sepatutnya dilihat sebagai tingkah laku manusia dan memfokuskan kepada aspek individu atau manusia yang terlibat dengan komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor keperluan dan kegunaan maklumat kesihatan di kalangan orang ramai. Pendekatan sense-making digunakan sebagai kerangka teori kajian ini. Kajian ini melibatkan 498 responden di daerah Kuala Selangor, Selangor yang menggunakan metode survei. Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara situasi kesihatan individu dengan keperluan maklumat dan terdapat hubungan antara keperluan maklumat dengan pencarian maklumat. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara pencarian maklumat dengan kecukupan maklumat dan terdapat hubungan antara kecukupan maklumat dengan kegunaan maklumat. Kajian ini menunjukkan situasi kesihatan individu merupakan pemboleh ubah yang lebih baik daripada pemboleh ubah demografi untuk meramalkan faedah kegunaan maklumat. Oleh itu kajian ini mendapati individu cuba mencari dan menggunakan maklumat kesihatan berdasarkan situasi yang sedang dialaminya. Apabila individu menghadapi sesuatu situasi yang bermasalah yang perlu diatasinya, ia akan cuba mencari maklumat yang boleh membantunya mengatasi situasi berkenaan. Pendekatan ini berbeza daripada pendekatan komunikasi tradisional yang lebih menumpukan perhatian kepada kesan maklumat terhadap individu. Implikasi kajian ini telah memberikan satu gambaran yang lebih jelas mengenai perancangan strategi komunikasi dan juga bagaimana seharusnya kita menilai sesuatu strategi komunikasi. Keberkesanan stategik komunikasi tidak seharusnya diukur melalui keberkesanannya menyebarkan maklumat semata-mata, namun yang lebih penting ialah sejauh mana maklumat yang disebarkan itu dapat membantu individu sasaran mengatasi situasi hidupnya pada sesuatu ketika.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 285
Call Number: HM1206.I846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114473+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
19.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.