Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497667
Title: Politik federalisme: kajian kes royalti minyak Kelantan
Authors: Hussain Yusri Zawawi (P77378)
Supervisor: Mohd Rizal Mohd Yaakop, Prof. Madya Dr.
Keywords: Federal government -- Malaysia
Oil and gas leases -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Oct-2018
Description: Petroleum merupakan sumber tenaga utama dalam sektor ekonomi yang menjana keuntungan dan pembangunan dalam sesebuah negara atau wilayah sehingga berjaya mencetuskan pelbagai konflik dan perpecahan yang dapat dilihat dalam konteks negara maju dan membangun. Sehubungan dengan itu, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber petroleum sehingga mencetuskan konflik antara kerajaan pusat dan negeri khususnya yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat. Bagi mengukur kenyataan tersebut maka tesis ini mengkaji politik federalisme dalam konteks kes royalti petroleum di Kelantan dengan menganalisis tiga perspektif utama. Pertama, mengenal pasti faktor berlakunya isu tuntutan royalti petroleum kerajaan negeri ke atas kerajaan pusat. Kedua, mengkaji tindakan dan langkah yang diambil oleh kerajaan pusat dan negeri untuk menyelesaikan konflik yang berlaku dan ketiga menilai impak isu tuntutan royalti tersebut ke atas hubungan kerajaan pusat dan negeri. Bagi menjawab tujuan kajian ini, konsep federalisme digunakan sebagai alat analisis bagi mengukur tahap keberkesanan antara hubungan kerajaan pusat dan negeri dalam konteks agihan royalti petroleum. Sehubungan dengan itu, data kajian pula diperolehi dari sumber primer dan sekunder serta dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis data primer adalah berbentuk temu bual bersama tokoh yang mempunyai autoriti dalam kajian ini manakala data sekunder diperolehi daripada penyelidikan ilmiah berdasarkan sumber perpustakaan. Seterusnya, hasil kajian mendapati faktor yang menyebabkan konflik dalam isu tuntutan royalti petroleum di Kelantan adalah berpunca daripada perbezaan ideologi dan fahaman parti politik antara kerajaan pusat dan negeri, elemen kuasa kerajaan pusat yang begitu luas, pentafsiran perlembagaan yang berbeza khususnya dalam konteks pengagihan royalti petroleum dan dasar perundangan kerajaan pusat yang sering mendiskriminasi kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, faktor di atas menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara quasi federalisme kerana tidak mempraktikan amalan federalisme secara sepenuhnya sepertimana yang telah dibahaskan oleh para sarjana dalam kajian ini. Hal ini dibuktikan dengan corak pemerintahan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri secara tidak seimbang khususnya melibatkan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat. Justeru konflik tersebut, maka isu tuntutan royalti petroleum ini memberi kesan kepada hubungan kerajaan pusat dan negeri dan sekaligus terhadap sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Oleh itu, kajian penyelidikan telah mendapati terdapat beberapa penemuan baru antaranya Akta Kemajuan Petroleum 1974 mempunyai limitasi yang terhad sebagai sumber perundangan negara, Akta Wilayah Laut 2012 yang diluluskan di Parlimen telah mencabuli Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang berperanan menggantikan Ordinan Darurat 1969 dan kes tuntutan petroleum Kelantan merupakan teras serta rujukan utama terhadap negeri-negeri yang mempunyai sumber petroleum.,Ph.D.
Pages: 325
Call Number: JC355.H877 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.