Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497657
Title: Lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam latihan mengajar: satu analisis pragmatik
Authors: Zanariah Ibrahim (P62621)
Supervisor: Maslida Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Student teaching -- Malaysia
Issue Date: 13-Aug-2018
Description: Kajian ini bertujuan membincangkan ujaran lakuan bahasa direktif (LBD) guru pelatih dalam latihan mengajar. LBD ialah ekspresi hasrat dan keinginan penutur terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh pendengar. Kaedah rakaman dan catatan pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru pelatih sewaktu menjalani latihan mengajar di sekolah telah digunakan untuk mengumpulkan data. Rakaman PdP guru pelatih ditanskripsikan secara verbatim. Sebanyak seribu sembilan ratus lima puluh tujuh ujaran LBD telah dikumpulkan daripada lapan belas set rakaman PdP enam orang guru pelatih. Data yang dikumpulkan telah dianalisis secara kualitatif berasaskan teori lakuan pertuturan dan komunikasi oleh Bach dan Harnish untuk mengenal pasti bentuk-bentuk LBD guru pelatih sewaktu mengajar manakala strategi ujaran LBD guru pelatih telah dianalisis menggunakan adaptasi taksonomi kod lakuan permintaan oleh Blum Kulka. Dapatan menunjukkan bahawa guru pelatih dapat mempelbagaikan bentuk ujaran direktif dalam pengajaran iaitu LBD Permintaan, LBD Pertanyaan, LBD Keperluan, LBD Nasihat, LBD Permisif dan LBD Larangan. Walau bagaimanapun LBD Keperluan paling dominan diujarkan sewaktu mengajar. Dapatan juga menunjukkan guru pelatih berupaya mempelbagaikan strategi ujaran LBD dalam pengajaran iaitu strategi sapaan, strategi kesantunan, strategi ganjaran, strategi penguat masa, strategi sindiran dan strategi ugutan. Hasil kajian ini telah memperlihatkan pola ujaran LBD yang berkesan dalam pengajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan guru pelatih mempunyai kecekapan pragmatik ketika mengujarkan LBD dalam pengajaran namun guru pelatih perlu peka terhadap tumpuan murid ketika menerima arahan dan jumlah LBD dalam sesuatu arahan yang diberikan kepada murid. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru pelatih sewaktu mengajar, dan panduan kepada guru serta pensyarah ketika membimbing guru pelatih menjalani latihan mengajar. Kajian ini juga penting kepada institusi perguruan khususnya Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk merangka panduan kawalan bilik darjah dalam latihan mengajar.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 278
Call Number: LB2157.M4Z343 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104330+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.