Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497656
Title: Protes politik mahasiswa: satu kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia (2014-2016)
Authors: Roslizawati Taib (P74433)
Supervisor: Mohamad Rizal Mohamad Yaakop, Prof. Madya Dr.
Keywords: Student movements -- Malaysia
Issue Date: 27-Aug-2018
Description: Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat perubahan dilihat dari aspek penyertaan politik anak-anak muda, terutamanya di negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Mahasiswa universiti merujuk kepada sekumpulan pelajar yang berada di menara gading dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Dengan berbekalkan segugusan potensi diri yang sangat menyerlah, golongan muda menjadi kelompok yang majoriti dalam masyarakat. Nilai positif, semangat dan kreativiti yang ada pada mereka, sekiranya dilengkapi dengan keupayaan mereka dalam meningkatkan kemandirian diri, akan membantu memastikan bahawa penyertaan mereka dalam politik akan menyumbang kepada kejayaan yang berterusan terutamanya dalam aspek pembangunan politik negara pada hari ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang telah mendorong protes dalam kalangan pelajar universiti dan penglibatan politik mereka sejak zaman penjajah sehingga ke hari ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada ketiga-tiga persoalan iaitu faktor paling signifikan yang mendorong pelajar-pelajar untuk memprotes, pengaruh luar sebagai indikator keterlibatan mereka dan penglibatan pelajar UKM dalam protes. Untuk kajian ini, data-data berbentuk primer dan sekunder dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Evolusi perjuangan politik generasi muda radikal di Malaysia bermula seawal hari Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Corak dan trend gerakan golongan muda sejak kemerdekaan dapat dilihat dengan jelas, iaitu digariskan dengan objektif tertentu, khusus untuk menyuarakan kebimbangan mereka untuk beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat dan merayu kepada kerajaan untuk menangani isu-isu tersebut. Isu penglibatan politik kampus sangat menarik untuk dibincangkan kerana, meskipun mahasiswa cuba mengelak daripada terlibat dalam sebarang demonstrasi aman akibat kekangan AUKU, namun begitu pergerakan mereka dilihat berkembang menjadi protes. Penglibatan anak muda sangat penting dalam usaha pendemokrasian dan sebagai usaha ke arah pembentukan lanskap politik yang baru di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 311
Call Number: LA1238.7.R647 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104329+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.