Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497640
Title: Citra identiti tempatan dalam watak animasi Malaysia
Authors: Faryna Mohd Khalis (P77754)
Supervisor: Normah Mustaffa, Dr.
Keywords: Animation (Cinematography)
Issue Date: 28-Mar-2018
Description: Animasi merupakan platform dan medium kreatif yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembentukan identiti kebangsaan. Pembangunan teknologi tempatan telah memberi implikasi positif terhadap penghasilan animasi sekaligus menggalakkan perkembangan pendidikan animasi di Malaysia. Namun, reka bentuk watak animasi yang dicipta oleh pelajar kebelakangan ini kurang mencerminkan identiti tempatan. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi watak animasi yang dihasilkan oleh pelajar. Kemunculan animasi Jepun dan Barat telah memberi kesan kepada trend animasi tempatan seperti watak Keluang Man yang diinspirasi daripada Batman dan Sang Wira pula menyerupai watak Doraemon. Jepun menguasai 60% tayangan animasi seluruh dunia dengan populariti gaya 'manga' manakala Barat yang sinonim dengan watak-watak adiwira menjadi pelopor industri kreatif pada abad ke 19 dan 20. Justeru pemilihan Jepun dan Barat menjadi justifikasi penting dalam perbandingan dengan animasi tempatan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kandungan adalah berlandaskan model Peirce (1931) daripada Teori Semiotik telah mendasari analisis kajian terhadap 177 hasil karya pelajar peringkat diploma bagi mengenal pasti tanda-tanda yang menyerupai watak animasi Jepun, Barat, atau Malaysia. Berdasarkan ujian Khi Kuasa Dua dan Taburan Silang, 89% karya pelajar didapati mempunyai ciri-ciri watak animasi Jepun dan Barat. Sementara itu, hanya 11% watak animasi membawa gaya Malaysia. Melalui perbincangan kumpulan fokus bersama pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS, empat faktor utama telah dikenal pasti sebagai mempengaruhi pembentukan identiti watak animasi oleh pelajar. Faktor-faktor itu adalah pembelajaran, pengaruh media massa, peranan individu, dan implikasi animasi Malaysia. Situasi ini berlaku disebabkan oleh konsep Perkampungan Sejagat dalam era globalisasi yang memberi impak kepada revolusi kartun animasi Malaysia, sekaligus mempengaruhi identiti watak animasi yang dihasilkan oleh pelajar. Kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pelajar dan penggiat seni untuk lebih mengenali watak animasi tempatan dan negara lain, di samping memelihara identiti tempatan sebagai mewakili wajah Malaysia di mata dunia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Call Number: TR897.5.F337 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104314+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.