Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497638
Title: Pengaruh personaliti lima faktor, efikasi kendiri, faktor pekerjaan terhadap kepuasan kerja dan penglibatan kerja serta presenteeism sebagai pengantara
Authors: Sarah Mahfuz (P68257)
Supervisor: Fatimah Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Employees -- Attitudes
Issue Date: 2-Feb-2018
Description: Presenteeism atau hadir bekerja walaupun sakit telah mula mendapat perhatian dewasa ini melihatkan kepada kesannya kepada produktiviti organisasi dan kesejahteraan pekerja. Walau bagaimanapun, kajian berkenaan presenteeism masih terhad lebih-lebih lagi dalam konteks tempatan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti hubungan antara faktor personaliti lima faktor, efikasi kendiri, faktor pekerjaan, presenteeism, kepuasan kerja dan penglibatan kerja. Kajian ini juga turut meneliti peranan presenteeism sebagai pengantara dalam hubungan antara faktor personaliti lima faktor, efikasi kendiri dan faktor pekerjaan terhadap kepuasan kerja dan penglibatan kerja. Faktor peramal ialah personaliti lima faktor iaitu ekstraversi, neurotisisme, kepersetujuan, keterbukaan dan kehematan serta efikasi kendiri. Sementara itu, faktor pekerjaan yang dikaji ialah kawalan pekerjaan, tuntutan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan. Responden kajian melibatkan 663 orang penjawat awam daripada enam jabatan/kementerian di Putrajaya. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diadaptasi dan diterjemahkan daripada kajian-kajian lepas iaitu Big Five Inventory, General Self-Efficacy Scale, Job Content Questionnaire, Job Insecurity Scale, Stanford Presenteeism Scale, Index of Job Satisfaction dan The Ultrecht Work Engagement. Keputusan kajian menunjukkan ekstraversi, neurotisisme, kepersetujuan, kehematan serta efikasi kendiri mempunyai pengaruh ke atas kepuasan kerja sementara ekstraversi, kepersetujuan, kehematan serta efikasi kendiri mempunyai pengaruh ke atas penglibatan kerja. Untuk faktor pekerjaan, semua faktor pekerjaan mempunyai pengaruh ke atas kepuasan kerja sementara tuntutan kerja tidak mempunyai pengaruh ke atas penglibatan kerja. Selanjutnya, dalam meneliti pengaruh personaliti lima faktor, efikasi kendiri dan faktor pekerjaan terhadap presenteeism pula, hanya kehematan, efikasi kendiri mempunyai pengaruh ke atas presenteeism manakala hanya tuntutan pekerjaan tidak mempunyai pengaruh ke atas presenteeism. Akhirnya, presenteeism mempunyai pengaruh ke atas kepuasan kerja dan penglibatan kerja. Berhubung peranan presenteeism sebagai pengantara, analisis bootstrapping menunjukkan presenteeism hanya berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara kehematan dan efikasi kendiri dengan kepuasan kerja. Keputusan sama turut menunjukkan presenteeism berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara kehematan dan efikasi kendiri dengan penglibatan kerja. Selain itu, presenteeism berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara kawalan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan dengan kepuasan kerja. Akhirnya, keputusan yang sama turut menunjukkan presenteeism sebagai pengantara dalam hubungan antara kawalan pekerjaan, sokongan sosial dan ketidakjaminan pekerjaan dengan penglibatan kerja. Dapatan kajian memberi implikasi mengenai kepentingan faktor personaliti dan faktor pekerjaan dalam meningkatkan kepuasan kerja dan penglibatan kerja.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 316
Call Number: HF5548.8.S237 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102386+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.