Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497617
Title: Rambu solo' dan kesejahteraan masa tua: kajian di Makale Utara, Tana Toraja, Sulawesi Selatan
Authors: Hasbi (P58102)
Supervisor: Mohamad Fauzi Sukimi, Dr.
Keywords: Toraja (Indonesian people) -- Funeral customs and rites
Issue Date: 27-Aug-2017
Description: Upacara rambu solo' adalah upacara ritual bermotifkan kepercayaan. Sesuai dengan perubahan sosial yang berlangsung, suatu ritual juga disandarkan kepada motif yang berbeza sehingga wujud pilihan ke atas bentuk upacara dilaksanakan. Semakin tinggi pilihan bentuk upacara, semakin besar kos pelaksanaan upacara tersebut dan akhirnya mempunyai kesan ke atas kesejahteraan masa tua. Persoalannya, apakah pilihan ke atas bentuk upacara rambu solo' itu mencerminkan pilihan yang rasional atau tidak rasional? Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian dilakukan dengan tujuan: (1) mendeskripsikan bentuk upacara rambu solo' masa dulu dan masa kini; (2) menghuraikan kaitan antara motif dan pilihan bentuk upacara rambu solo' berdasarkan teori pilihan rasional; (3) menganalisis bagaimana pilihan bentuk upacara rambu solo' memberi kesan ke atas kesejahteraan masa tua. Kawasan kajian di Makale Utara, Tana Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia menggunakan pendekatan kualitatif dan jenis kajian fenomenologi. Data primer diperolehi daripada informan melalui temubual mendalam dan pemerhatian ikut serta. Informan utama terdiri daripada ketua adat dan tokoh agama. Informan terdiri daripada warga tua yang telah mengamalkan upacara rambu solo'. Data sekunder diperolehi daripada sumber bertulis mengenai Toraja. Hasil kajian menunjukkan bahawa: (1) terdapat perubahan bentuk upacara rambu solo' masa kini akibat penyebaran agama Kristian dan sistem pendidikan; (2) motif status sosial dengan pilihan upacara rapasan agak mewah dan boros mencerminkan pilihan tidak rasional, motif ekonomi dengan pilihan upacara bukan rapasan mencerminkan pilihan rasional, dan motif budaya dengan pilihan upacara rapasan dan bukan rapasan kurang mencerminkan pilihan rasional; (3) pilihan upacara bukan rapasan memberi kesan positif ke atas aspek ekonomi kerana mereka masih mampu mengumpul modal untuk kehidupan masa tua. Pilihan upacara rapasan memberi kesan negatif ke atas aspek ekonomi kerana menyebabkan banyak hutang, namun memberi kesan positif ke atas aspek status sosial. Kesimpulannya, penyebaran agama Kristian dan sistem pendidikan tidak mengurangkan peri pentingnya elemen tradisional seperti upacara rambu solo' dalam kehidupan warga di Makale Utara. Rambu solo' yang dilaksanakan dengan upacara yang mewah dan boros kerana bermotif status sosial, tidak mencerminkan pilihan rasional. Mereka terjerumus ke dalam rantaian kemiskinan akibat hutang dan menjejaskan kualiti kesejahteraan masa tua.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 241
Call Number: DS632.T7.H337 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98700+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
761.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.