Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497600
Title: | Faktor modal insan, daya saing dan peranan MARA ke arah peningkatan prestasi usahawan wanita Bumiputera di Melaka |
Authors: | Nor Azira Ayob (P71786) |
Supervisor: | Sity Daud, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Bumiputera MARA Human capital -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jun-2017 |
Description: | Kajian ini membincangkan peranan institusi dalam membentuk faktor modal insan dan daya saing ke arah peningkatan prestasi usahawan wanita Bumiputera. Secara umumnya, terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membangunkan golongan usahawan wanita terutamanya dari sudut peningkatan aspek modal insan dan daya saing dalam kalangan usahawan. Namun penyertaan golongan wanita dalam bidang keusahawanan dilihat masih kurang menyerlah berbanding lelaki dan golongan bukan Bumiputera yang lain. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk memperincikan lagi berkenaan faktor-faktor yang membentuk kepada modal insan dan daya saing dalam kalangan usahawan wanita, mengkaji samada faktor-faktor tersebut mampu mempengaruhi prestasi usahawan dan juga menganalisis samada faktor struktur sosial mampu menjadi moderator ke arah peningkatan prestasi usahawan. Dari sudut yang berbeza, objektif kajian ini juga ingin melihat kepada peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membangunkan usahawan. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran yang berbentuk penjelasan yang bermula dengan pendekatan kuantitatif dan diperjelaskan lagi dengan hasil dari dapatan kualitatif dan seterusnya keseluruhan hasil dapatan tersebut diinterpretasi secara menyeluruh. Responden bagi pendekatan kuantitatif dilaksanakan melalui kaedah tinjauan terhadap 300 orang responden dalam kalangan usahawan wanita Bumiputera, manakala bagi pendekatan kualitatif, kaedah temu bual bersemuka dilaksanakan terhadap 10 orang informan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima faktor utama yang signifikan dalam meningkatkan prestasi usahawan wanita Bumiputera iaitu faktor prasarana dan infrastruktur, pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan perniagaan dan kreativiti. Tempoh pengalaman dalam perniagaan pula menjadi faktor moderator yang signifikan dalam meningkatkan lagi prestasi usahawan. Dari sudut peranan MARA, secara umumnya, MARA telah menyediakan segala kelengkapan untuk membangunkan usahawan, namun dari sudut pembangunan prasarana dan infrastruktur dilihat masih kurang disediakan berbanding faktor-faktor yang lain. Oleh itu, penekanan terhadap aspek prasarana dan infrastruktur ini perlu diberi lebih perhatian terutamanya dari sudut tempat perniagaan yang strategik dan tempat pemprosesan bahan mentah yang sesuai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 300 |
Call Number: | HD4904.7.N637 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97627+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 566.41 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.