Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497595
Title: Sapaan dalam bahasa Minangkabau: suatu kajian sosiopragmatik
Authors: Aslinda (P41376)
Supervisor: Mohammad Fadzeli Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sapaan
Minangkabau language -- Social aspects -- Sumatera Barat (Indonesia)
Issue Date: Jan-2017
Description: Sapaan ialah salah satu perkara terpenting yang semestinya mendapat perhatian kerana hadir pada awal perbualan dan akan menentukan bentuk perbualan selanjutnya. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan di bandar Padang, khasnya dalam kalangan pelajar di Universitas Andalas, kebanyakannya kurang paham menggunakan bentuk sapaan yang sesuai dengan kesantunan dan adat resam Minangkabau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pola dan strategi sapaan yang diguna pakai oleh pelajar, dan yang bertentangan dengan sosiobudaya etnik Minangkabau. Kajian ini dilakukan dengan mengguna pakai pendekatan sosiopragmatik Leech (1993) konsep sapaan oleh Akindele (1990). Angkubah sosial untuk pembahasan pola sapaan menggunakan konsep yang dihuraikan oleh Fishman (1972). Model pola sapaan menggunakan hasil kajian Marlyna Maros et al. (2010) yang sesuai dengan adat dan budaya Timur. Kaedah yang diguna pakai ialah soal selidik dari penteori Blum Kulka (1997) yang telah diguna pakai dan diadaptasi oleh Marlyna et al (2010), dan kajian ini telah pun mengadaptasi soal selidik berkenaan. Soal selidik tersebut diterjemahkan menjadi Tugas Penyempurnaan Wacana. Soal selidik diedarkan kepada 300 orang responden dan 94 informan telah ditemu bual. Kajian ini turut mengaplikasi model kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Kato Nan Ampek dalam bahasa Minangkabau oleh Navis (1998). Dapatan kajian menunjukkan terdapat 16 bentuk pola lakuan sapaan pelajar. Empat pola yang menonjol ialah „sapaan bahasa lain‟, „sapaan hormat‟, „jawapan kosong‟ serta „tidak menyapa‟. Pelajar didapati lebih cenderung menggunakan bentuk sapaan bahasa lain, seperti bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris sebab lebih berprestij, terutamanya pelajar perempuan. Berkaitan dengan angkubah sosial, didapati pelajar cenderung menggunakan sapaan bahasa Indonesia berbanding dengan sapaan hormat dalam situasi formal, dan apabila hubungan antara peserta perbualan rapat, mereka kerap menggunakan penanda keakraban, misalnya sapaan nama, tanpa sapaan dan sebagainya. Apabila dibandingkan berasaskan jantina, pelajar lelaki lebih cenderung menggunakan sapaan hormat, sementara perempuan cenderung menggunakan sapaan bahasa Indonesia atau lainnya. Seterusnya enam strategi lakuan sapaan dikenal pasti, iaitu komunikasi fatis, komunikasi fatis kesantunan positif, komunikasi fatis kesantunan negatif, bertutur secara tidak langsung, tidak melakukan lakuan menggunakan muka/ citra, dan bertutur dengan memerhatikan penanda kesantunan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perubahan lakuan sapaan semasa yang sangat ketara dengan lakuan sapaan yang sudah sedia ada dalam kato nan ampek, iaitu lazimnya disampaikan secara kiasan. Dalam adat resam dan sosiobudaya Minangkabau, strategi kiasan sangat diperlukan untuk menjaga air muka pendengar. Pelajar didapati lebih suka bercakap terus terang daripada menggunakan strategi kiasan yang menjatuhkan air muka pendengar. Kajian ini memberikan manfaat kepada ilmu linguistik itu sendiri dan lembaga adat berkaitan maklumat mengenai praktik budaya kini dan perbezaannya dengan sosiobudaya dan adat resam Minangkabau.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 365
Call Number: PL5415.A835 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97587+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
444.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.