Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497594
Title: Komitmen organisasi dan dinamika publik terhadap kebolehpasaran graduan: suatu usaha kembangan teori situasi dalam penyelesaian masalah
Authors: Norliana Hashim (P74606)
Supervisor: Chang Peng Kee, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kebolehpasaran
Graduan
College graduates -- Employment
Issue Date: 6-May-2017
Description: Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan jika mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi dalam kalangan graduan universiti. Dewasa ini, masalah kebolehpasaran dalam kalangan graduan merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Dengan mengambil pandangan daripada perspektif komunikasi, kajian ini diilhamkan untuk mengenalpasti cara graduan bertindak balas dengan masalah yang dialami. Kajian ini juga bertujuan memberikan pemahaman tentang fenomena sosial yang berkaitan dengan perkembangan tingkah laku graduan yang mana diklasifikasikan sebagai publik dan boleh disegmentasikan kepada empat jenis publik iaitu Bukan Publik, Publik Pendam, Publik Sedar dan Publik Aktif mengikut konteks perhubungan awam. Seramai 787 responden terdiri daripada graduan UKM tahun 2014 telah memberi maklum balas terhadap bancian dalam talian yang dilakukan. Hujahan kepada Teori Situasi dalam Penyelesaian Masalah (STOPS) diuji untuk meneroka tindak balas graduan terhadap isu ini. Data dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM). Sembilan hipotesis telah diuji dan disokong. Analisis mendapati Publik Sedar (68%) telah mendominasi dalam kalangan khalayak graduan yang ada. Pemahaman terhadap reaksi komunikatif boleh membantu dalam kempen yang bakal dilakukan oleh pihak organisasi serta menyerlahkan publik yang sepadan melalui segmentasi yang telah dilakukan. Selain mengukuhkan model asal Teori STOPS, kajian ini juga menambah nilai teori dengan memperkenalkan pembolehubah baru iaitu Komitmen Organisasi dalam Penyelesaian Masalah (OCPS). Keputusan menunjukkan bahawa OCPS memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan pengenalpastian kekangan graduan (β’=0.83) lebih penting lagi OCPS juga telah meningkatkan motivasi graduan untuk menyelesaikan masalah (β’=0.54). Melalui analisis tambahan yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan Publik Pendam tidak sedar terhadap bantuan daripada organisasi (β’=-0.27), sebaliknya Publik Sedar lebih bergantung kepada kriteria rujukan (β’=0.57) berbanding motivasi (β’=0.15). Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian masalah mampu memberi beberapa kesimpulan penting berkaitan perkara yang diperbincangkan. Pengamal perhubungan awam dan komunikasi sewajarnya mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian kepada pihak organisasi supaya menggalakkan penggunaan kognitif dalam penyelesaian masalah. Hal ini penting dipraktikkan agar setiap aktiviti yang dilakukan memberi impak positif dan berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 307
Call Number: HD6277.N637 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97586+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
380.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.