Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497593
Title: Perubahan sosiobudaya, dan ekonomi orang Ocu kesan program transmigrasi di Indonesia
Authors: Syafrizal (P44039)
Supervisor: Rahimah Abdul Aziz, Prof. Dr.
Keywords: Transmigrasi
Orang Ocu
Integrasi
Riau
Indonesia
Migration
Internal -- Indonesia
Issue Date: 3-Dec-2017
Description: Kajian ini mengkaji perubahan sosiobudaya, dan ekonomi orang Ocu kesan program transmigrasi di Indonesia. Program transmigrasi yang dijalankan di kawasan asal kumpulan orang Ocu di Tapung, Riau, Indonesia, merupakan salah satu aspek yang mencetus perubahan sosial kumpulan ini, sekaligus memulakan proses perhubungan sosial antara orang Ocu dengan orang Jawa di kawasan ini. Secara empirikal, berlakunya proses semacam itu boleh mengakibatkan perubahan sosiobudaya, dan ekonomi orang Ocu. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan meneliti kesan program transmigrasi ke atas perubahan sosiobudaya, dan ekonomi orang Ocu. Untuk memastikan proses penganalisaan dilakukan secara tepat, penyelidikan ini berpandukan kepada konsep perhubungan sosial dan perubahan sosial. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pendekatan kualitatif, menerusi temubual mendalam kepada enam belas orang informan terpilih berasal dari kedua-dua kelompok iaitu orang Ocu dan orang Jawa, yang terdiri daripada delapan orang informan utama atau kunci, seperti pengetua adat, penghulu kampung, dan bekas ahli parlimen, serta bomoh, dan seramai delapan orang informan dari anggota masyarakat biasa. Kajian dijalankan selama empat bulan mulai Mei 2011sehingga bulan ogos 2011, ditambah beberapa lawatan singkat untuk tambahan maklumat yang diperlukan. Kajian mendapati bahawa program transmigasi dikesan berjaya melakukan perubahan ke atas aspek sosiobudaya, dan ekonomi orang Ocu dari tradisional kepada moden. Kajian menyimpulkan bahawa kesan perubahan orang Ocu tersebut diasaskan kepada proses perhubungan sosial yang dijalankan secara harmonis, tanpa dilandasi suasana persaingan atau konflik, namun saling menyesuaikan dan bekerjasama. Suasana sedemikian membolehkan ke dua-dua kelompok saling menghormati sama ada kelebihan dan kelemahan budaya masing-masing, sehingga perhubungan sosial ke dua-dua kelompok semakin rapat, membolehkan terciptanya integrasi budaya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 168
Call Number: HB1952.S973 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97585+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
205.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.